trending_flat

Insentif Pakej P-Hailing RAHMAH telah dilancarkan hari ini

KUALA LUMPUR, 23 Januari 2024 – Insentif Pakej P-Hailing RAHMAH telah dilancarkan hari ini di Angkasapuri Kota Media oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. Pakej tersebut melibatkan kerjasama lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco), iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM (Unifi Mobile) dan YTL Communications (Yes). Menurut Kementerian Komunikasi dalam satu kenyataan hari ini, insentif tersebut merupakan penghargaan kepada petugas industri p-hailing dalam usaha menyokong ekonomi digital, sekali gus memastikan perkhidmatan ini sampai kepada semua pengguna di seluruh negara. "Pakej ini turut melibatkan kerjasama dengan 16 syarikat penyedia platform p-hailing, iaitu FoodPanda, Grab, Bungkusit, Halo Delivery, iHantar, Lalamove, MatDespatch, Parcel365, RideRunner, Shopee, Fasz Food, Lazada Logistics, Belibeli, iGoGet, GoGet dan GoLog. Pemandu dan penunggang p-hailing akan menikmati perkhidmatan Internet serendah RM33 dengan pelan data sekurang-kurangnya 40GB. Setiap pakej adalah unik dan berbeza mengikut persetujuan pihak telco yang dipilih oleh penyedia platform […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Rantau Sempadan Kyrgyzstan-Xinjiang

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 berlaku di Rantau Sempadan Kyrgyzstan-Xinjiang pada jam 2:09 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 2:09 pagi, 23 Januari 2024Koordinat: 41.3° Utara 78.7° TimurLokasi: Rantau Sempadan Kyrgyzstan-XinjiangMagnitud: 7.0Jarak: 941km Timur Laut dari Taloqan,AfghanistanKedalaman: 78 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation