trending_flat

KPKT berjaya selesaikan 11,361 kes TPPS sepanjang tahun 2023 tangani isu pertikaian perumahan dan pengurusan strata

PUTRAJAYA, 30 Januari 2024 – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming telah mengumumkan kejayaan penyelesaian 11,361 kes di Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata (TPPS) bagi tahun 2023. Pengumuman tersebut telah dibuat dalam satu sidang media di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada pagi ini. Menurut KPKT, jumlah tersebut melibatkan jumlah penyelesaian tuntutan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) iaitu 1,331 kes dan tuntutan Tribunal Pengurusan Strata (TPS) iaitu 10,030 kes bagi tahun 2023 termasuk kes yang didaftarkan dari tahun sebelumnya. Dalam sidang media tersebut, YB KM turut memaklumkan bahawa selaras dengan era perkhidmatan Kerajaan Digital pada masa kini, TPPS kini melangkah ke satu peringkat kehadapan melalui pembangunan sistem e-TPS yang telah dilancarkan pada 12 September 2023 yang lalu. Ini kerana sejak TPS mula beroperasi pada tahun 2015, semua pemfailan kes TPS adalah secara fizikal melalui kaunter atau pos […]

trending_flat

Wajarkah tiadanya skim pencen untuk lantikan baharu kerajaan?

Oleh: Dr. Safiah Omar Kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini dari Timbalan Perdana Menteri Malaysia merupakan satu tamparan besar kepada pekerjaan di sektor kerajaan. Walaupun ianya bukanlah satu perkara yang baru kita dengari, namun keputusan yang diumumkan ini boleh memberi impak yang tinggi kepada satu sektor pekerjaan paling besar di Malaysia. Terlebih dahulu, pada tahun 2020, kerajaan telah pun menjalankan dasar memberhentikan elaun kritikal yang sebelumnya diberikan kepada kakitangan kerajaan sektor penting seperti perubatan dan perundangan. Dr. Safiah Omar Akan tetapi, keputusan itu membebankan lantikan baru sektor-sektor tersebut kerana tanpa kelebihan dari segi manfaat seperti elaun kritikal dan sebagainya, sektor swasta dilihat lebih menarik kerana bayaran dan elaun mereka adalah lebih tinggi. Ini menyebabkan ramai pegawai perubatan serta peguam sektor awam ini memilih untuk bertukar kepada sektor swasta dan ada juga yang membuka syarikat firma dan klinik mereka sendiri. Terkini, keputusan […]

trending_flat

RHB ISLAMIC dan YPM menyasarkan RM1 juta untuk Pemerkasaan Pendidikan melalui “B40 Education Empowerment Programme” (BEEP) Tahun 2023-2025

KUALA LUMPUR, 29 Januari 2024 (Bernama) - RHB Islamic Bank Berhad (RHB Islamic Bank) melalui Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Berhad, Dato’ Adissadikin Ali telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Pengerusi MARA, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki di pejabat beliau. Kunjungan hormat ini adalah bersempena dengan kerjasama yang dijalin diantara RHB Islamic Bank dengan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) di bawah Program “B40 Education Empowerment Programme” (BEEP). Perjumpaan ini menyaksikan penyerahan replika cek berjumlah RM1 juta oleh Dato’ Adissadikin Ali untuk Program “B40 Education Empowerment Programme 2023 – 2025” kepada Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Encik Faisalludin bin Mohamat Yusuff dan disaksikan oleh Pengerusi MARA, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki. Di bawah Program BEEP, RHB Islamic Bank menyasarkan untuk menaja sehingga RM1 juta dari dana zakat wakalah bagi program-program YPM untuk tempoh tiga tahun untuk tahun […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation