PADU menoktahkan kemiskinan negara
Oleh: Dr. Mohd. Khairi Ismail, Prof. Emeritus Dr. Chamhuri Siwar Pada hari ini, usaha membasmi kemiskinan masih diteruskan oleh kerajaan dalam memastikan semua pihak mencapai kesejahteraan hidup. Menurut sistem pengkalan data Sistem eKasih, 324,764 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin direkodkan sehingga 31 Oktober 2023. Data yang tersebut akan diguna pakai oleh kerajaan dalam usaha untuk menoktahkan kemiskinan. Usaha membasmi kemiskinan ini juga turut dikaitkan dengan isu ketirisan dan kebocoran yang menyebabkan golongan golongan sasar tidak mendapat manfaat yang sepatutnya kerana subsidi tidak sampai kepada mereka. Dr. Mohd. Khairi Ismail Prof. Emeritus Dr. Chamhuri Siwar Selain itu, kerajaan turut memperkasakan pengukuran kemiskinan negara dengan pengenalan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (Multidimensional Poverty Index) sejak tahun 2015. Pengenalan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi ini telah menambah baik pengukuran Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang digunakan sejak awal 1970an. Berbanding PGK, Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (IKPD) […]