Kita perlukan Visi 2100
Oleh: Dr. Maria Mohd Ismail, Dr. Norli Anida Abdullah, Dr. Adilah Abdul Ghapor Tema Wacana Pemikir Global di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya pada Isnin 22 Januari yang lalu jelas mengundang pelbagai persepsi dan tanda tanya dalam kalangan para intelek dan masyarakat keseluruhannya. Wacana gilang gemilang yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim sarat dengan mesej-mesej positif mengenai pembentukan mutu pendidikan negara, isu kemiskinan, pembentukan akhlak dan pembangunan manusiawi yang harus diberikan penekanan dalam pembentukan sebuah tamadun yang berjaya. Dr. Maria Mohd Ismail Dr. Norli Anida Abdullah Dr. Adilah Abdul Ghapor YAB Perdana Menteri meneruskan ucapannya dengan menzahirkan kepentingan dan keperluan mendesak dalam pembentukan tatakelola yang telus yakni bebas dari rasuah dalam melakar transformasi negara dan bangsa. Saya dan rakan-rakan teruja dengan ungkapan YAB yang berbunyi “…dalam kita menggapai langit meneroka teknologi baru, janganlah kita lupa mengakar […]