Apakah sebenarnya nilai harga diri kita?
Oleh: Dr. Mohd. Shahid Mohd. Noh Ledakan kemajuan teknologi maklumat yang dikecapi dunia sejak 30 tahun yang lalu telah banyak mengubah hidup manusia. Boleh dikatakan kesemua industri telah mengalami perubahan demi perubahan yang saban hari menuju ke arah satu revolusi yang dinamakan revolusi perindustrian. Dr. Mohd. Shahid Mohd. Noh Dalam tempoh yang sama juga, fenomena ini telah mengubah hidup dan budaya manusia. Gaya kerja yang cekap dan efisien, kaedah penyampaian yang semakin pantas serta komunikasi tanpa sempadan telah meningkat mutu dan kualiti hidup penduduk dunia yang menikmati kemajuan ini. Walaupun begitu, seperkara yang perlu disedari adalah kemajuan teknologi komunikasi ini juga telah meruntuhkan nilai hidup segelintir manusia yang menjadikannya sebagai satu platform untuk meraih keuntungan dengan menjual maruah mereka. Lambakan perniagaan yang menggadai dan mempertaruh maruah Hujung Januari yang lepas, seorang bapa beranak tiga yang lebih dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ […]