trending_flat

Usahawan MyAP berjaya tembusi pasaran antarabangsa

SHAH ALAM, 13 Februari 2024 - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohamad Sabu hari ini mengadakan lawatan kerja ke Projek Industri Asas Tani (IAT) Keropok House & Industry Sdn Bhd. Lawatan kerja tersebut adalah bertujuan bagi meninjau perusahaan pemprosesan produk berasaskan ikan yang telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa ke Australia, Singapura dan Brunei. Bertapak sejak 23 tahun lalu, syarikat yang menjalankan perusahaan keropok lekor di Parlimen Kota Raja itu merupakan usahawan myAgropreneur Perikanan (myAP) di bawah bimbingan Jabatan Perikanan Negeri Selangor. Keropok House & Industry Sdn Bhd menerima bantuan dari jabatan pada 2016 dan 2022 melalui bantuan Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan Pengembangan (SPEKS) sebanyak RM43,500 bagi mempertingkatkan hasil produk yang dipasarkan. Syarikat milik Bumiputera itu juga telah memperolehi pensijilan Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP), kualiti dan mutu produk keluaran syarikat turut diperlengkap dengan penerimaan […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Laut Banda pada pukul 4:29 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 4:29 pagi, 13 Februari 2024Koordinat: 6.5° Selatan 130.2° TimurLokasi: Laut BandaMagnitud: 5.1Jarak: 381km Tenggara dari Ambon,IndonesiaKedalaman: 130 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation