trending_flat

PM tekankan elemen-elemen pembaharuan perkhidmatan awam

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 2/2024 telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri pada semalam. Ia turut dihadiri oleh Menteri Kewangan II. Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi satu siaran media hari ini, mesyuarat tersebut telah membincang dan menimbang inisiatif–inisiatif penambahbaikan dalam Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) terutama berkaitan dengan aspek meningkatkan pendapatan boleh guna penjawat awam. "Penambahbaikan pendapatan boleh guna penjawat awam merupakan salah satu fokus dalam pemerkasaan modal insan perkhidmatan awam untuk memangkin peningkatan produktiviti penjawat awam bagi merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI. Cadangan penambahbaikan sistem struktur gaji penjawat awam dijangka akan dimuktamad dan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) selewat-lewatnya pada awal suku kedua tahun ini untuk kelulusan. Keputusan ini dijangka akan diumumkan pada pembentangan belanjawan 2025 pada tahun ini. Penjawat awam di segenap lapisan perkhidmatan juga masih boleh mengemukakan cadangan penambahbaikan sistem saraan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation