trending_flat

Hari Paus Sedunia : Kesedaran dan Perlindungan

Oleh : Jabatan Perikanan Malaysia Ikan Paus salah satu mamalia terbesar di dunia dalam ekosistem laut kini berdepan ancaman pemburuan haram, pencemaran laut, perubahan iklim serta kehilangan habitat. Di Malaysia, paus merupakan haiwan spesies marin terancam dan dilindungi di bawah Seksyen 27 Akta Perikanan 1985 iaitu “tiada seorang pun boleh memancing,menganggu, mengusik, menangkap, membunuh, mengambil atau mengambil apa-apa mamalia akuaktik atau penyu yang dijumpai” dan mana-mana orang yang melanggar boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000. Kehadiran paus adalah berdasarkan corak migrasi dan laluan mamalia ini adalah berbeza-beza bergantung pada spesies serta habitat masing-masing. Beberapa siri penampakan spesies paus pernah direkodkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) antaranya ialah Paus Bryde (Balaenoptera edeni) yang pernah dilihat di perairan Langkawi pada Jun 2022. Paus ini masuk ke Malaysia secara bermusim iaitu ketika musim bilis untuk mencari makanan. Penemuan lain yang direkodkan ialah di […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation