trending_flat

Pelajar Sekolah Tinggi Negara Jepun alami Budaya Malaysia di Kolej Komuniti Selayang

BATU CAVES, 20 Februari 2024 – 188 orang pelajar sekolah tinggi Meishu Gakuen Hitachi daripada negara Jepun teruja untuk mengalami sendiri budaya-budaya Malaysia melalui permainan tradisional, pembuatan kuih tradisional, tarian tradisional dan pelbagai lagi aktiviti budaya Malaysia yang dijalankan di Kolej Komuniti Selayang (KKSY), hari ini. Pelajar sekolah tinggi ini digandingkan bersama pelajar KKSY dikenali sebagai “buddies” (rakan) bagi memudahkan mereka mendapatkan pengalaman daripada aktiviti-aktiviti yang disediakan ini dengan lebih optimum dan mendalami lebih erat lagi budaya Malaysia yang diketengahkan melalui aktiviti ini dengan “buddies” daripada Malaysia. Pelajar diperkenalkan dengan permainan tradisional seperti Batu Seremban, Congkak, Ceper dan Dam Haji yang merupakan permainan setiap rakyat Malaysia. Selain itu, Buddies daripada KKSY turut diperkenalkan dengan permainan dan kuiz tradisional daripada Jepun. Kursus-kursus pendek mengenai budaya Malaysia turut disediakan bagi memperkenalkan makanan, pakaian, dan budaya-budaya Malaysia kepada para pelajar daripada Jepun ini. […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation