Gempa bumi sederhana di Jawa, Indonesia
Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Jawa, Indonesia pada jam 6:46 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 6:46 pagi, 22 Februari 2024Koordinat: 6.3° Selatan 114.0° TimurLokasi: Jawa, IndonesiaMagnitud: 5.4Jarak: 176km Timur Laut dari Surabaya, IndonesiaKedalaman: 601 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.