trending_flat

JIM serbu 17 premis hiburan di Kuantan

9 Mac 2024 - Sebanyak 17 premis hiburan di Kuatan telah diserbu oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada 8 Mac 2024. Operasi bermula pada jam 11.00 malam melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan kerjasama JIM Negeri Pahang. Operasi tersebut turut disertai oleh Pasukan Taktikal Khas (PASTAK), JIM Negeri Perlis, JIM Negeri Perak dan JIM Negeri Sembilan. Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Malaysia, Jafri Embok Bin Taha menerusi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, operasi itu dijalankan berdasarkan aduan dan risikan yang dijalankan oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya selama 3 minggu. "Berdasarkan maklumat yang diperolehi, pasukan operasi telah diatur gerak ke 17 buah premis yang terdiri daripada 4 buah premis pusat hiburan, 9 buah premis kelab malam (pub) dan 4 buah […]

trending_flat

Malaysia Kekal Prinsip Tiada Hubungan Dengan Israel, Tepis Sindiran Danon

Oleh : JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Pada 22 Februari 2024, akaun X Kopitiam Malaya telah mempersoalkan potensi terwujudnya hubungan perjalanan bebas visa Malaysia-Israel berasaskan ciapan X ahli parlimen Israel, Danny Danon yang mencadangkan inisiatif itu selepas perlaksanaannya dengan negara Amerika Syarikat. Danon turut berkongsi gambar delegasi dari Malaysia di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) dan mendakwa bahawa wakil negara sedang mendengar ucapan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu melalui akaun X miliknya. Hasil semakan oleh MalaysiaKini dan MyCheck Malaysia yang merupakan rakan JOMCHECK mendapati bahawa ciapan itu memberi konteks salah terhadap perkara sebenar yang berlaku. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Hantaran yang dilakukan oleh ahli parlimen Israel, Danny Danon hanyalah spekulasi liar bersifat sindiran semata-mata. Sumber: MalaysiaKini: https://www.malaysiakini.com/news/697083 MyCheck Malaysia: http://www.mycheck.my/more.php?id=2273740 Isu penting hasil semakan pada sumber di atas adalah: a. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Mindanao, Filipina

Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Mindanao, Filipina pada jam 5:11 petang semalam. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 5:11 petang, 8 Mac 2024Koordinat: 5.8° Utara 127.0° TimurLokasi: Mindanao, FilipinaMagnitud: 5.9Jarak: 186km Tenggara dari Davao, FilipinaKedalaman: 137 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation