trending_flat

Pengecualian Cukai Perkhidmatan bagi Sektor Logistik dan Penyenggaraan

PUTRAJAYA, 31 Mac 2024 - Kementerian Kewangan (MOF) telah memperincikan skop pengecualian Cukai Perkhidmatan (CP) bagi membantu mengurangkan kesan langsung kepada kos sara hidup rakyat serta insiden cukai berganda bagi sektor logistik. “Pengecualian Cukai Perkhidmatan bagi sektor logistik dan penyenggaraan telah disediakan atas keprihatinan Kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dan pada masa yang sama, memastikan sektor perkhidmatan negara terus berdaya saing. Bagi terus memelihara daya saing negara, Kerajaan tidak mengenakan cukai perkhidmatan di kawasan zon bebas cukai (free zone),” jelas Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Lampiran Peluasan skop pengecualian CP bagi sektor logistik Bagi mengurangkan lagi impak kepada operasi harian aktiviti logistik, dan secara tidak langsung kepada pengguna, Kerajaan telah bersetuju supaya: 1. Pindaan dibuat kepada Kumpulan J: Perkhidmatan Logistik dalam Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018 iaitu Butiran 1(a) berkenaan perkhidmatan logistik dan […]

trending_flat

Forest City berpontensi sebagai hab pelancongan komprehensif – Tiong King Sing

JOHOR, 31 Mac 2024 - Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato' Seri Tiong King Sing dan pasukan dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah turun ke negeri Johor bagi meninjau beberapa destinasi yang berpotensi dijadikan lokasi penganjuran Forum Pelancongan ASEAN 2025 (ATF2025). Tahun hadapan adalah giliran Malaysia menjadi tuan rumah bagi acara berprestij tersebut. "Pada akhir bulan Januari lalu, saya telah menghadiri ASEAN Tourism Forum 2024 yang diadakan di Laos. Penganjuran ATF2025 ini tentulah dapat menyumbang ke arah usaha kita dalam mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026). Lawatan kerja saya diiringi Exco Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, YB Tuan Raven Kumar a/l Krishnasamy" kata Tiong dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau. Kredit Foto : Facebook Dato' Seri Tiong King Sing Kata Tiong lagi, hasil tinjauan di Forest City di Johor Bahru, pantai di negeri Johor menawarkan pemandangan […]

trending_flat

Program IFTAR MADANI @BATU SAPI 2024 pupuk nilai murni dan jati diri generasi muda

SANDAKAN, 30 Mac 2024 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Persatuan Penggiat Seni Industri Kreatif Kota Kinabalu (BAYU) berserta rakan penganjur dari pelbagai agensi menyemarakkan lagi aktiviti kesenian dan kebudayaan di Sabah bersama orang ramai dan pelancong di Tembok, Jalan Coastal, Sandakan, Sabah dalam penganjuran program IFTAR MADANI @BATU SAPI 2024 yang berlangsung pada 30 Mac 2024 bersamaan 19 Ramadan, bermula 4.00 petang sehingga 10.30 malam. Program itu merupakan kesinambungan daripada pelaksanaan program Pelancongan Budaya (Culture Based Tourism) yang dianjurkan setiap tahun di Kuala Lumpur iaitu Iftar@KL dan pada tahun ini merupakan tahun ke-12 penganjurannya yang telah berjaya menarik seramai 35,000 pengunjung untuk bersama-sama dalam program Iftar@KL 2024. "Program ini bertujuan untuk mengimarahkan bulan Ramadan serta mengangkat keunikan seni budaya setempat bagi memulihara dan mengekalkan warisan kesenian di samping usaha […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation