Memiliki rumah atau terus menyewa?
Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Pemilikan atau menyewa rumah merupakan persoalan yang sering menerjah fikiran golongan muda masa kini kerana ia melibatkan kesanggupan komitmen kewangan dalam satu tempoh masa yang cukup panjang. Isu pemilikan rumah adalah isu yang sering diperkatakan oleh golongan belia, terutamanya bagi mereka yang telah memasuki dunia pasaran kerja tetap, memiliki keluarga dan memiliki kualiti hidup yang baik. Dr. Nurul Ashikin Alias Pemilikan rumah merupakan salah satu perkara penting yang akan mempengaruhi kehidupan disebabkan rumah adalah bertindak sebagai tempat perlindungan, keselamatan, kebanggaan, kekayaan dan kestabilan hidup. Perkara ini juga merupakan salah satu topik yang sering menjadi fokus perdebatan di antara golongan industri yang merujuk kepada pemaju perumahan, ahli akademi dan juga di kalangan pembuat dasar. Golongan Generasi Y yang lahir di antara tahun 1981 hingga 1995 serta sebahagian golongan awal Generasi Z merupakan golongan yang ramai terkesan […]