Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun
Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam 10:14 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 10:14 malam, 17 April 2024Koordinat: 33.2° Utara 132.4° TimurLokasi: Shikoku, JepunMagnitud: 6.3Jarak: 73km Timur dari Oita, JepunKedalaman: 46 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.