trending_flat

Jangan Hidupkan Budaya Toksik Ketika Menjayakan Tradisi Berkumpul

Oleh : Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, mohdanuar@um.edu.my Hari Aidilfitri dinantikan oleh ramai orang tanpa mengenal usia tua atau muda, kanak-kanak atau golongan dewasa. Ramai yang membuat persiapan untuk menyambut kedatangan Aidilfitri. Ia merangkumi penyediaan baju baharu, duit raya, kuih raya, bahkan penetapan destinasi sambutan Aidilfitri bagi berkumpul. Walaupun ia disambut setiap tahun, pastinya setiap tahun menawarkan pengalaman sambutan dan kisah yang berbeza. Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Selain itu, Aidilfitri juga medan untuk berkumpul dan bertemu sanak saudara dan sahabat handai. Ia ibarat pertemuan tahunan di kampung halaman. Namun begitu, ketika ramai yang kembali dari bermudik, telah timbul pelbagai kisah kurang enak. Ibaratnya, rumah sudah siap, pahat masih berbunyi. Biasanya kisah masyarakat tidak dapat lari dalam isu-isu dalam hubungan mentua-menantu, adik beradik, ipar duai dan sepupu sepapat. […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation