trending_flat

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam masih lagi berpecah dan berselisih, serta gagal mencari titik temu dalam mewujudkan perpaduan bersama. Tidak kira isu fundamental atau isu cabang, tiada persepakatan dalam kalangan mereka, sama ada pada peringkat agamawan atau orang awam. Masing-masing ingin menjadi jaguh dengan pandangan tersendiri. Ketika para agamawan masih bertelagah dalam isu-isu khilafiyyah, maka masyarakat awam hanyut dalam memahami agama, juga mencari pendekatan dan cara untuk menjadi orang yang beragama. Mereka seolah hilang punca dan rujukan dalam beragama. Misalnya, ada sebilangan orang awam yang gemar mencampuri urusan hukum, sebilangan yang lain suka menjatuhkan hukum kepada orang, sebilangan cenderung kepada pandangan pelik hingga mengabaikan keputusan pihak berkuasa agama. Tidak kurang, ada juga kelompok yang anti kepada elemen Sunnah dan berbau agama dengan label Arabisasi. Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Lebih lanjut, segelintir […]

trending_flat

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Baharu pada 27 April 2024 ini, sejurus selepas penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu (PRK KKB). BERSIH mempersoalkan lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di Kawasan dan ketika pilihan raya sedang berjalan (1). BERSIH ingin mengingatkan Kerajaan Negeri Selangor bahawa penganjuran rumah terbuka aidilfitri boleh bercanggah dengan banyak peruntukan di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR). Berdasarkan risalah program tersebut yang kami terima, pelbagai aktiviti sambutan akan diadakan seperti jamuan makan dan pemberian duit raya. Pemberian atau penjamuan makanan semasa tempoh pilihan raya adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 8 (Penjamuan) dan pemberian duit raya adalah kesalahan di bawah Seksyen 10 (Penyogokan). Selain itu, pihak Kerajaan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation