trending_flat

Mohamad Rafi Shahzada dilantik Pengerusi Baharu Mara Corporation

KUALA LUMPUR, 1 April 2024 – Majlis Amanah Rakyat mengumumkan Mohamad Rafi Shahzada dilantik sebagai Pengerusi baharu subsidiari MARA iaitu MARA Corporation Sdn Bhd berkuatkuasa pada 27 Mac 2024. Pelantikan Mohamad Rafi adalah bagi menggantikan Tan Sri Hamad Kama Piah yang memegang jawatan tersebut sebelum ini. “Pelantikan Pengerusi MARA Corporation yang baharu adalah memastikan potensi dan prestasi syarikat dapat dikembangkan dan dipertingkatkan. Saya memberi harapan kepada beliau atas kapasiti pengalamannya yang luas dalam dunia korporat supaya memastikan pemilikan, penyertaan dan penguasaan agenda Bumiputera dapat diperkasakan sepenuhnya.” kata Pengerusi MARA Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. Dr. Asyraf turut merakamkan penghargaan kepada Tan Sri Hamad Kama Piah, mantan Pengerusi MARA Corp atas perkhidmatan beliau bermula Julai 2023 sehingga Mac 2024 yang tidak dinafikan banyak memberikan sumbangan dan manfaat kepada subsidiari MARA. Mohamad Rafi, 57, memiliki kelayakan profesional perakaunan daripada London School […]

trending_flat

Penubuhan Konsortium Penyakit Jarang Jumpa Asean yang pertama seumpamanya diasaskan untuk memacu Akses Saksama kepada Rawatan untuk Komuniti Penyakit Jarang Jumpa di Malaysia dan selanjutnya

− Penubuhan Konsortium Penyakit Jarang Jumpa ASEAN (ARdC) oleh lima kumpulan sokongan pesakit penyakit jarang jumpa di Asia Tenggara bakal menjadi pemangkin yang memacu kesaksamaan kesihatan untuk komuniti penyakit jarang jumpa di rantau ini.− Kerjasama yang lebih kukuh antara sektor awam dan swasta dan pemerkasaan pesakit dikenal pasti sebagai elemen penting untuk meningkatkan akses dan kualiti penjagaan dalam rangka pembangunan lima tahun ARdC.− Sidang Kemuncak Penyakit Jarang Jumpa Asia Tenggara (SEA) kedua menekankan keperluan kritikal bagi pelaksanaan polisi akses berpusatkan pesakit untuk memastikan kesaksamaan kesihatan dalam komuniti penyakit jarang jumpa di seluruh rantau.  BANGKOK, Thailand, 1 April 2024 (Bernama) -- Penyakit jarang jumpa menjejaskan kehidupan jutaan orang walaupun ia jarang berlaku. Di Asia Tenggara, dianggarkan seramai 45 juta orang, kira-kira 9% daripada populasi rantau ini, menghidap penyakit jarang jumpa. [i] Persatuan Perubatan Genetik dan Genomik, Persatuan Perubatan Thailand dan Yayasan Penyakit Jarang Jumpa Thai berganding bahu […]

trending_flat

PM umum bantuan khas kewangan Aidilfitri

PUTRAJAYA, 1 April 2024 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan khas kewangan Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan. Bantuan khas kewangan tersebut membabitkan : 1) RM500 untuk semua Penjawat Awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak. 2) RM250 untuk pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen. Kata Anwar, bantuan tersebut akan disalurkan seawal 5 April ini.

trending_flat

Sekatan perjalanan oleh LHDNM bukan bertujuan nafikan hak sesiapa untuk bergerak

KUALA LUMPUR, 1 April 2024 - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menguatkuasakan sekatan perjalanan ke luar negara mengikut peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 104, Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Seksyen 22, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976. Ia dikenakan kepada mana-mana individu yang disenarai hitam atau mempunyai tunggakan hutang dan cukai. Menurut Timbaln Menteri Kewangan, Puan Lim Hui Ying ketika menjawab Pertanyaan Lisan di Dewan Negara hari ini, sejak mula dikuatkuasakan dan sehingga 29 Februari 2024, terdapat sebanyak 182,666 bilangan kes sekatan perjalanan ke luar negara yang telah dilaksanakan oleh LHDNM. Katanya jumlah itu melibatkan sebanyak 171,571 bilangan kes individu yang mempunyai tunggakan cukai pendapatan, manakala sebanyak 11,095 kes adalah bagi individu yang mempunyai tunggakan cukai keuntungan harta tanah. "Secara umumnya sebelum tindakan sekatan perjalanan dikuatkuasakan, pihak LHDNM akan melaksanakan tindakan awal kepada pembayar cukai yang mempunyai tunggakan dengan […]

trending_flat

Pendekatan Akmal boleh membenihkan Ekstrimisme – Sheikh Umar

JOHOR, 1 April 2024 - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali melahirkan rasa bimbang terhadap pendekatan Ketua Pemuda UMNO, Muhamad Akmal Saleh dalam mendepani isu 'stokin kalimah Allah' mutakhir ini hanyalah akan menggalakkan Islam ekstrim. Dalam satu kenyataan semalam, Sheikh Umar berkata bahawa beliau tiada mempunyai sebarang masalah dengan niat Akmal yang 'mahu mempertahankan Islam dari dihina'. Bahkan beliau percaya, masyarakat Islam umumnya berkongsi rasa yang sama. "Namun bagi saya, cara serta pendekatan beliau yang kadangkala bernuansa provokatif adalah tidak bertanggungjawab serta berlebihan. Ini bahaya. Atas nama 'mempertahan kesucian agama', tanpa disedari pendekatan beliau boleh membenihkan ekstrimisme. Ini bukan apa yang diajarkan oleh Islam. Islam menitik beratkan seruan yang berhikmah, nasihat tauladan yang baik serta perbahasan yang bernas sepertimana ayat 125 surah An-Nahl. Namun pada hemat saya, Akmal membawa pendekatan sebaliknya. Pendekatan yang boleh mendorong masyarakat Islam di […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation