trending_flat

PDRM edar lakaran fotolit suspek kes simbah asid

KUALA LUMPUR. 19 Mei 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan lakaran fotofit seorang suspek di dalam kes simbah asid yang melibatkan pemain bola sepak Muhammad Faisal Abdul Halim. Suspek tersebut dianggarkan berumur 30 tahun, mempunyai ketinggian 165 sentimeter, mempunyai saiz susuk badan sederhana dan warna kulitnya adalah sawo matang. Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berwajah seperti lakaran fotofit tersebut diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan / Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Insp. Jagachandran A/L Murugesen di talian 012-684 8166 / 03-2266 6071. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan juga boleh tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu pdrm dalam mengesan suspek.

trending_flat

Menteri KKR turun padang tinjau projek naiktaraf jalan persekutuan di Hulu Langat

HULU LANGAT, SELANGOR 19 Mei 2024 - Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi elah turun padang meninjau Projek Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Persimpangan Jalan Dato’ Alias ke Persimpangan Batu 9,Cheras, Daerah Hulu Langat, Selangor. Tinjauan itu turut meliputi projek pembinaan Jejambat yang merentasi persimpangan Batu 9 Cheras tersebut. Ia bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan di samping aspek keselamatan di tempat kerja yang sentiasa diberi keutamaan dalam pelaksanaan semjua projek Kementerian. Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR), pelaksanaan projek itu telah diluluskan di bawah peruntukan pembangunan Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Kesebelas (RP4, RMKe-11). Objektif utama projek adalah untuk mengurangkan kesesakan trafik khususnya pada waktu puncak yang berlaku di jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat menghala ke Kuala Lumpur dan juga untuk meningkatkan keselesaan serta keselamatan pengguna jalan raya dan penduduk setempat. Tender Terbuka digunakan […]

trending_flat

COVID-19 : KKM tingkatkan langkah kesiapsiagaan susulan peningkatan jumlah kes di Singapura

PUTRAJAYA, 19 Mei 2024 - Susulan kejadian gelombang terbaru di Singapura iaitu peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 pada minggu bertarikh daripada 5 hingga 11 Mei 2024 berbanding minggu sebelumnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meningkatkan langkah kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan peningkatan kes di Malaysia. Menurut KKM, pada ME 20/2024 (12 Mei hingga 18 Mei 2024) sebanyak 1,230 kes COVID-19 dilaporkan, peningkatan sebanyak 14.8% berbanding ME 19/2024. Bagaimanapun tiada kes kematian COVID-19 dilaporkan sejak 25 April 2024 sehingga kini. "Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan pada ME 20/2024 berbanding ME 19/2024 iaitu pengisian katil bukan kritikal sedikit meningkat tetapi tidak membebankan kapasiti hospital iaitu daripada 0.08% kepada 0.10% manakala pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU), menurun daripada 0.17% kepada 0.04% Sehingga kini, varian yang sedang menular di Malaysia masih lagi varian Omicron dan subvariannya. Terdapat satu (1) kes K.P.2.1 […]

trending_flat

KPDN serbu tiga buah rumah berhampiran surau yang dijadikan stor pakaian tiruan

PUTRAJAYA 18 Mei 2024 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melakukan serbuan ke atas tiga (3) buah premis yang merupakan rumah kediaman, salah satunya bersebelahan surau di Kampung Kubu Gajah, Sg. Buloh, Selangor kerana disyaki dijadikan stor tempat menyimpan pelbagai jenis pakaian tiruan pada 15 Mei 2024. Operasi yang dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Putrajaya itu adalah hasil aduan yang diterima daripada pihak wakil pemilik cap dagangan berdaftar yang berkaitan serta risikan awal yang telah dilakukan oleh pihak KPDN. Mengulas lanjut, dalam satu kenyataan yang diedarkan semalam Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata bahawa hasil maklumat awal yang diperolehi, kesemua rumah itu disyaki dijadikan stor untuk menyimpan kesemua pakaian terbabit sebelum dipasarkan secara borong dan runcit selain dijual di pasar pagi dan pasar malam sekitar Lembah Klang, Perak dan Pahang. […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation