Dari Kigali ke Kuala Lumpur: Gelap Rasuah, Terang Berubah
Oleh: Dr Mohd Zaidi Md Zabri Umum mengetahui betapa rasuah di negara ini telah menghalang kita dalam merealisasikan potensi penuh kita buat sekalian lama. Sebagai contoh, skandal 1MDB yang digelarkan oleh Transparency International (TI) sebagai “salah satu skandal rasuah terbesar di dunia,” telah mencalarkan nama Malaysia di mata dunia akibat salah urus kewangan dan rasuah. Dr Mohd Zaidi Md Zabri Jabatan Kehakiman AS menganggarkan sekitar $4.5 bilion (RM21.28 bilion) telah diselewengkan dari 1MDB. Kendatipun begitu, kesan rasuah tidak hanya terhad kepada implikasi kewangan semata-mata. Malahan, rasuah juga mampu merosakkan fabrik sosial negara. Sebagai contoh, Indeks Persepsi Rasuah 2023 oleh TI meletakkan Malaysia di tempat ke-57 dari 180 negara, mencerminkan tahap persepsi rasuah di sektor awam yang berada di tahap sederhana dengan markah sebanyak 50%. Tinjauan oleh TI juga mendedahkan bahawa 71% rakyat Malaysia menganggap rasuah dalam kerajaan sebagai isu yang […]