trending_flat

NIQ Mengeluarkan Laporan Kemajuan Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) 2023

CHICAGO, 26 Julai 2024 (Bernama) -- NielsenIQ (NIQ), syarikat risikan pengguna yang terkemuka di dunia, telah mengeluarkan Laporan Kemajuan Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) kedua yang memperincikan keutamaan ESG Syarikat, cara menerapkan prinsip keterangkuman dan mampan ke dalam model perniagaan syarikat dan komitmen untuk menyampaikan risikan dan inovasi kepada pelanggan yang memberikan impak positif kepada ekonomi, komuniti dan persekitaran.“Strategi ESG kami direka bentuk untuk memacu nilai jangka panjang — bagi pekerja, pihak berkepentingan, pelanggan, industri, vendor dan komuniti kami,” kata Jim Peck, Ketua Pegawai Eksekutif, NIQ. "Kami memberikan tumpuan untuk mengintegrasikan keutamaan ESG kami di seluruh syarikat dan meningkatkan impak kami. Di samping itu, dengan memberikan pemahaman menyeluruh tentang tingkah laku pembelian pengguna, kami menyasar untuk menawarkan risikan pasaran kepada pelanggan kami dan ekosistem sedia ada bagi menyokong usaha kelestarian masing-masing."Sorotan penting dalam Laporan ESG 2023:Integriti, Privasi & Keselamatan DataData ialah teras kepada perniagaan […]

Kioxia diberikan penghormatan oleh FMS dengan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat untuk penciptaan Memori Kilat Nand 3D

TOKYO, 26 Julai 2024 (Bernama) - Kioxia Corporation, pencipta memori kilat NAND, ialah penerima FMS: Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Masa Depan Memori dan Storan bagi Tahun 2024. Pasukan kejuruteraan Kioxia, yang terdiri daripada Hideaki Aochi, Ryota Katsumata, Masaru Kito, Masaru Kido dan Hiroyasu Tanaka, akan menerima anugerah berprestij ini untuk usaha rintisan dalam membangunkan dan mengkomersialkan memori kilat 3D. Teknologi rintisan ini telah menjadi asas kepada pelbagai aplikasi pengkomputeran – termasuk telefon pintar canggih, PC, SSD, pusat data, AI dan perindustrian.Kioxia membentangkan konsep teknologi memori kilat 3D BiCS FLASHTM di Simposium VLSI pada tahun 2007. Selepas mengumumkan prototaip, Kioxia meneruskan pembangunan untuk mengoptimumkan teknologi bagi pengeluaran secara besar-besaran, akhirnya memperkenalkan memori kilat 3D 256 gigabit (Gb), 48-lapisan yang pertama di dunia pada tahun 2015."Inovasi Kioxia dalam memori kilat 3D telah merevolusikan storan data, mengubah daripada kemajuan teknologi sedia ada semata-mata kepada penyelesaian […]

trending_flat

Cuka matang Shanxi menghasilkan perisa baharu

TAIYUAN, China, 26 Julai 2024 (Bernama) - Apabila orang memikirkan mengenai wilayah Shanxi di China, "Cuka Matang" purba dengan sejarahnya yang meliputi lebih 3,000 tahun terlintas di fikiran. Cuka unik ini, yang terkenal kerana rasanya yang masam, wangi, manis, cukup masak dan segar, menjalani lima langkah utama dan 82 prosedur, termasuk mengukus, menapai, mengasap, membasahi dan menua. Proses itu boleh mengambil masa dari satu tahun hingga lebih 10 tahun untuk diselesaikan. Pepatah yang menyebut "Sedikit cuka di rumah anda, tidak perlu lagi berjumpa dengan doktor" mencerminkan pengiktirafan yang sekian lama terhadap manfaat kesihatan cuka oleh penduduk Shanxi. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Shanxi telah memperkenalkan produk kesihatan berasaskan cuka dan produk homologi perubatan berasaskan makanan, sekali gus meningkatkan lagi manfaat kesihatan bagi Cuka Matang Shanxi. Sambil mengekalkan rasa tradisional bagi Cuka Matang, Shanxi telah meneroka budaya cuka secara mendalam, yang membawa kepada kemunculan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation