Dekati banduan demi menyelami masalah masyarakat
Oleh Dr Abd Razak Zakaria Setiap manusia melakukan kesalahan. Namun kesalahan yang melibatkan undang-undang sama ada jenayah atau sivil biasanya akan menyebabkan seseorang individu dijatuhkan hukuman bersalah atau tidak. Namun, kesalahan yang telah dilakukan pada masa lampau telah banyak mengajar seseorang untuk berubah menjadi lebih baik dan bertingkah laku menurut norma-norma masyarakat. Perjalanan hidup seorang bekas banduan dalam masyarakat dilihat agak sukar kerana stigma masyarakat yang terus menerus meletakkan kesalahan itu sebagai kekal dalam hidup mereka sedangkan setiap kesalahan itu boleh diperbaiki dan mereka, bekas banduan sepatutnya diterima oleh masyarakat sebagai orang baru selepas mereka menjalani pemulihan akhlak selama bertahun-tahun di penjara. Kehidupan di sebalik tirai besi tidak seindah khabar. Hidup terpenjara memerlukan kekuatan jiwa dan fizikal kerana melalui liku-liku hidup terhukum penuh dengan perasaan rasa bersalah dan keinginan untuk bebas sangat tinggi. Namun, undang-undang di penjara lebih menekankan pembentukan […]