trending_flat

Hentikan kitaran penderaan!

Oleh: Prof Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Nurfarahira Ahmad Yaccob, Nur Nadhirah Mat Nawi Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan satu rakaman video yang tersebar di media sosial mengenai seorang wanita warga Indonesia dan anaknya yang masih bayi menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Isu keganasan rumah tangga ini adalah masalah yang dilihat serius kerana berita mengenainya sering terpapar di media massa dan pelaku serta mangsa terdiri dari pelbagai bangsa, agama dan latar belakang pendidikan. Persoalannya, di manakah silapnya? Keganasan rumah tangga ini adalah suatu kekerasan yang berlaku dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Kekerasan merujuk kepada pembentukan tingkah laku penderaan yang digunakan oleh seseorang individu dalam rumah tangganya bagi mendapat atau mengekalkan kuasa serta kawalan terhadap pasangan intimnya. Keganasan rumah tangga ini boleh juga dikatakan sebagai satu pencabulan terhadap hak asasi manusia. Kebiasaannya wanita dan kanak-kanak sering menjadi mangsa dalam isu keganasan ini, […]

trending_flat

Memerdekakan perairan kita daripada ‘penjajahan’ ikan bandaraya

Kebanjiran ikan asing di perairan negara merupakan satu situasi yang amat membimbangkan. Pembiakan spesies ikan asing secara berleluasa dan di luar kawalan telah menyebabkan kerosakan, ketidakseimbangan ekosistem biodiversiti akuatik, dan menjejaskan populasi ikan tempatan. Sifat ikan asing yang lebih kuat dan lasak berbanding ikan tempatan mendominasi di perairan seluruh negara. Kebanyakan ikan asing ini dibawa masuk melalui industri akuarium mahu pun akuakultur secara berlesen atau haram. Apabila ikan-ikan ini dilepaskan ke perairan secara sengaja atau tidak sengaja, secara langsung ia menjadi ancaman kepada ekosistem biodiversiti tempatan. Salah satu spesies yang kini mendominasi perairan utama di Lembah Klang ialah Hypostomus plecostomus, atau lebih terkenal dengan panggilan ikan bandaraya. Spesies ikan air tawar tropika yang berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan ini amat digemari dalam kalangan penggemar ikan hiasan kerana kemampuannya membersihkan akuarium dengan memakan alga. Dengan harga murah sekitar RM2 […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation