trending_flat

Gempa bumi sederhana di Semenanjung Minahassa, Sulawesi

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam 8:00 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 8:00 pagi, 1 Ogos 2024Koordinat: 0.1° Selatan 123.2° TimurLokasi: Semenanjung Minahassa, SulawesiMagnitud: 5.8Jarak: 68km Selatan dari Gorontalo,IndonesiaKedalaman: 10 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat.

trending_flat

Program Festival Tarian Singa 2024 Semarakkan Industri Seni Budaya dan Pelancongan Negara

KUALA LUMPUR, 1 Ogos 2024 (Bernama) - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak menganjurkan Festival Tarian Singa 2024 selama tiga (3) hari bermula pada 26 hingga 28 Julai 2024 bertempat di Kuching Waterfront, Sarawak.Program ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan untuk menyemarakkan kegiatan ekonomi di negeri Sarawak di mana ia melibatkan ramai pihak, terutamanya industri pelancongan, seni, budaya dan warisan. Festival ini juga bertujuan mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), sekaligus menjadikan tarian singa ini sebagai daya tarikan utama untuk menarik pelancong dari dalam dan luar negara.Festival yang pertama kali dianjurkan oleh MOTAC ini merupakan salah satu usaha penting kerajaan dalam menyatupadukan rakyat dalam mengekalkan kemakmuran negara termasuk meningkatkan taraf hidup dan status sosioekonomi masyarakat, selari dengan teras keempat Malaysia MADANI.Pemilihan Bandaraya Kuching juga sebagai lokasi festival adalah sangat sesuai kerana penganjuran festival seperti ini akan dapat meletakkan Sarawak sebagai destinasi pelancongan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation