Aplikasi Whatsapp Gold Adalah Perisian Hasad, Video Martinelli Tidak Wujud
Sampai ke talian JomCheck satu mesej tular yang memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak terpedaya untuk memuat turun satu ciri naik taraf WhatsApp yang baharu melalui pautan meragukan iaitu WhatsApp Gold kerana perkara ini adalah taktik sebaran perisian hasad (malware).
Mesej itu turut mendakwa satu video oleh WhatsApp bernama Martinelli akan diseberkan dan video tersebut mengandungi virus.
JomCheck merujuk portal semakan fakta antarabangsa iaitu Africa Check dan mendapati bahawa mesej tersebut telah mula tular di pelbagai negara sejak tahun 2016.
STATUS: TIDAK BENAR
PENJELASAN: WhatsApp Gold disahkan adalah perisian hasad yang memanipulasi pengguna. oleh penggodam melalui pautan yang disebarkan dalam bentuk mesej dan tiada sebaran video bertajuk Martinelli dikesan.
Jom semak dahulu dengan JOMCHECK di WhatsApp +6017-4776659 atau guna pautan ini – https://wa.me/60174776659, okay!
Be the first to leave a comment