trending_flat

PENGUMUMAN DAN PENAWARAN KUOTA TARIF GALAKAN (FiT 2.0) SECARA E-BIDAAN TAHUN 2025

PUTRAJAYA, 17 Okt (Bernama) -- Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia telah mengumumkan permohonan kuota tarif galakan (FiT) sebanyak 190 MW bagi tahun 2025 selaras dengan ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusuf semasa pelancaran 6th International Sustainable Energy Summit  (ISES) 2024 pada 20 Ogos 2024. Permohonan kuota FiT boleh dimohon secara e-bidaan dalam talian melalui sistem e-FiT bermula 15 Januari 2025 sehingga 19 Februari 2025 yang merangkumi pecahan kuota sebanyak 50 MW bagi biogas, 40 MW bagi biojisim dan 100 MW bagi hidrokuasa kecil. SEDA Malaysia telah menambahbaik kaedah permohonan kuota FiT sedia ada dan memperkenalkan FiT 2.0 melalui konsep kadar tarif 2-Fasa. SEDA Malaysia telah menetapkan kadar FiT bagi Fasa-Pertama untuk 10 tahun pertama. Manakala, kadar FiT bagi Fasa-Kedua akan dibida oleh syarikat-syarikat yang layak berdasarkan kadar tarif floor dan ceiling yang telah ditetapkan oleh SEDA Malaysia untuk baki 11 tahun […]

trending_flat

Mengukuh pendidikan STEM melalui inovasi makmal jarak jauh

Oleh: Dr. Mohd Nashrul Mohd Zubir Seorang pelajar sedang menggunakan sistem makmal jarak jauh yang dihasilkan Dalam dekad ini, kita telah pun melihat perubahan yang drastik dalam kaedah pendidikan kita. Revolusi digital yang menyeluruh telah mengubah pelbagai aspek kehidupan seharian, termasuklah dalam bidang pendidikan, khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM). Sebagai seorang penyelidik dan pendidik, saya percaya bahawa sudah tiba masanya kita melihat kepada pendekatan yang lebih fleksibel, inovatif, dan inklusif dalam mengajar serta mendalami mata pelajaran STEM. Salah satu inovasi terkini yang saya bangunkan bersama rakan-rakan penyelidik adalah makmal jarak jauh, yang bukan sahaja mampu memodenkan cara pembelajaran, malah turut memberikan impak positif terhadap minat dan penglibatan pelajar dalam bidang ini. Mengapa makmal jarak jauh? Makmal adalah komponen terpenting dalam pendidikan STEM. Ia adalah tempat di mana teori sains dipraktikkan dan diuji. Melalui eksperimen, pelajar dapat […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation