Adakah pelepasan cukai SSPN strategi bijak untuk masa depan pendidikan anak-anak kita?
Oleh: Dr. Cheah Chan Fatt Kerajaan telah mengumumkan bahawa pelepasan cukai individu ke atas simpanan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) akan dilanjutkan untuk tempoh tiga tahun lagi, sehingga tahun taksiran 2027. Ini adalah sebahagian daripada inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Pelepasan cukai individu ke atas simpanan dalam SSPN yang dilanjutkan untuk tempoh tiga tahun lagi merupakan satu langkah yang sangat strategik dalam membantu ibu bapa merancang dan menyimpan untuk pendidikan tinggi anak-anak mereka. Dengan kos pengajian tinggi yang semakin meningkat dari semasa ke semasa, insentif ini menawarkan beberapa kekuatan utama yang boleh memberi manfaat jangka panjang kepada keluarga dan negara. Kekuatan insentif pelepasan cukai SSPN dapat mengurangkan beban kewangan ibu bapa. Pelepasan cukai ini secara langsung mengurangkan beban kewangan ibu bapa. Dengan adanya pelepasan cukai, ibu bapa dapat menikmati pengurangan dalam […]