Kebebasan akademik hak cendekiawan yang mesti dipertahankan
Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Saya berpeluang menghadiri syarahan oleh Prof Jeffrey Sachs di Universiti Malaya pada 22 Januari awal tahun ini, di mana beliau dengan lantang mengkritik dasar ekonomi dan dasar luar negaranya sendiri, Amerika Syarikat. Apa yang menarik, kritikan itu disampaikan tanpa halangan, malah dihargai. Bahkan, pemimpin tertinggi negara kita, Perdana Menteri serta Menteri Pendidikan Tinggi turut hadir untuk mendengar pandangan beliau. Namun, yang ironinya, di Malaysia, kebebasan bersuara bagi ahli akademik tempatan masih lagi dihambat dengan Akta 605. Perkembangan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan hakikat bahawa terdapat peruntukan perundangan yang boleh digunakan terhadap suara-suara kritis dalam kalangan akademik, harus dipandang serius oleh masyarakat akademik dan kesatuan akademik di seluruh negara. Kita tidak boleh membiarkan kebebasan akademik – satu aspek penting dalam tradisi intelektual – dilumpuhkan begitu sahaja. Kebebasan akademik mesti dipelihara, dipertahankan, dan diinstitusikan dalam […]