KARAKTER ANAK HEBAT BERMULA DARI RUMAH
Oleh: Nur Shuhada Ya’acob, Pendidikan bukan hanya berlaku di sekolah atau universiti. Sebaliknya, ia bermula sejak kanak-kanak melangkah ke dunia dengan langkah pertama di rumah. Ibu bapa, sebagai pendidik pertama, memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah, nilai, dan sikap anak-anak. Apa yang mereka lihat, dengar dan alami di rumah membentuk asas keperibadian yang akan mereka bawa ke alam sekolah, kerjaya dan kehidupan dewasa. Tambahan pula, dalam era digital yang penuh cabaran, pendidikan asas dari rumah menjadi semakin penting. Walaupun ibu bapa sibuk bekerja, mereka tidak boleh mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak di rumah. Isu-isu terkini seperti tekanan mental remaja, pengaruh negatif media sosial, dan kelunturan nilai-nilai adab semakin membuktikan bahawa peranan keluarga amat diperlukan dalam membentuk generasi muda. Di tengah dunia yang semakin kompleks ini, asas pendidikan moral dan etika yang dipupuk dari rumah adalah penting untuk membantu anak-anak membuat […]