trending_flat

Pengurusan air masa kini perlukan transformasi menyeluruh – Fadillah

KUALA LUMPUR, 26 November 2024- Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air, Dato' Sri Haji Fadillah Yusof telah menyempurnakan Majlis Perasmian Persidangan dan Pameran Inovasi Air Kebangsaan Ke-2 (National Water Innovation, Conferece and Exhibition- NWICE 2024) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini. Kredit Foto FB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air Menurut Fadillah. pengurusan air masa kini amat memerlukan transformasi menyeluruh termasuk sumber air bagi memastikan kelangsungan bekalan air yang bersih dan berkualiti kepada pengguna. Katanya, ia juga bagi memastikan perkhidmatan pembetungan dapat menjamin kesihatan rakyat dan memelihara alam sekitar. Ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Ke-6 (Air Bersih dan Sanitasi - memastikan ketersediaan dan kelestarian pengurusan air dan sanitasi untuk semua). "Pada masa ini, rakyat Malaysia menggunakan 228 liter air setiap orang […]

trending_flat

Seni halus bidang menganggur?

Oleh: Dr. Fakhrur Razi Maamor Seni halus merupakan bidang yang melibatkan pemikiran kreatif dalam berkarya. Dalam erti kata lain, keupayaan berfikir itu dijelmakan melalui seni visual yang memiliki nilai estetika dan makna-makna yang tersirat. Di sebalik idea yang menginterpretasikan sebuah “munjul”, diserikan dengan makna dan idea di sebalik pengkaryaan yang mewujudkan nilai tersendiri. Setiap elemen dan prinsip yang diaplikasikan pada karya tidak hanya mencerminkan kematangan pemikiran pengkarya. Sebaliknya menggugah emosi yang mengundang ekspresi mendalam dari audiens. Estetika visual yang dipaparkan tidak hanya mewujudkan keselarian jiwa antara pengkarya dengan audiens, tetapi membentuk sebuah cerita, aspirasi dan identiti budaya yang bermakna. Begitulah ilmu yang ditanam dalam diri pengkarya ketika di universiti yang menawarkan pengkhususan seni halus. Berbicarakan disiplin seni halus di universiti, ia bukan sekadar melahirkan bakat kreatif yang mencorak dunia seni visual, tetapi mempunyai peranan dalam membentuk intelektual kritis dan bernas […]

trending_flat

Siapkah kita menuju negara tua menjelang 2030?

Oleh: Dr Mohd Khairi Ismail Malaysia dijangka menjadi negara tua pada tahun 2030 apabila penduduk negara ini merangkumi warganegara yang berusia lebih 60 tahun dalam pola 15.3 peratus daripada jumlah penduduk negara. Menerusi Kenyataan Media bagi Penerbitan Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia 2022 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri dilaporkan bahawa peratusan penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) meningkat daripada 7.0 peratus kepada 7.3 peratus bagi tempoh yang sama dan berdasarkan definisi United Nations, Malaysia telah menjadi negara menua. Dalam konteks negara menua, isu perkhidmatan kesihatan dan sokongan sosial adalah perlu untuk diberi tumpuan. Selain itu, pada tahun 2030, dianggarkan terdapat lebih 4.5 juta warga emas di Malaysia, yang memerlukan akses kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti dan kos yang mampu milik. Oleh itu, kementerian yang terlibat perlu merangka strategi yang komprehensif bagi memastikan warga emas tidak hanya menerima rawatan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation