KERJASAMA IKIM, KMI HEALTHCARE & UTP ANGKAT NILAI SYARIAH DALAM PENJAGAAN KESIHATAN
KUALA LUMPUR, Jan 15 (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (“IKIM”), Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd. (“KMI Healthcare”) dan Universiti Teknologi Petronas (“UTP”) menyatakan komitmen masing-masing bagi pembangunan nila-nilai syariah dalam bidang penjagaan kesihatan melalui penganjuran Simposium Shariacare yang turut dihadiri oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Bin Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia sebagai tetamu kehormat bertempat di Hotel Tenera, Bangi.Acara yang menghimpunkan pelbagai latarbelakang professional dalam bidang perubatan, kesihatan, agama, polisi dan etika ini menyampaikan tema “Merintis Kesihatan dengan Nilai-nilai Syariah” sebagai fokus perbincangan.Dalam ucaptamanya, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly berkata “Perkhidmatan kesihatan merupakan satu komponen penting dalam pembangunan negara dan masyarakat. Perkhidmatan ini ialah satu tanggungjawab yang dipikul bersama oleh sektor awam dan sektor swasta dalam memastikan kesihatan rakyat terpelihara.”Sambung beliau, “dalam konteks perkhidmatan kesihatan berteraskan Syariah, bukan sahaja aspek fizikal atau jasmani yang diberikan perhatian, malahan aspek spiritual atau […]