EWON KETUAI DELEGASI BANK RAKYAT BERKUNJUNG HORMAT KEPADA TYT SARAWAK

Spread the love

KUCHING, 27 Januari – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon

Benedick mengetuai delegasi Bank Rakyat mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana, Kuching.

Dalam kunjungan tersebut, Tun yang pernah menjadi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dimaklumkan mengenai inisiatif-inisiatif baharu Kementerian antaranya cadangan Akta Koperasi yang baharu, perkembangan Universiti Keusahawanan

Koperasi Malaysia dan inisiatif-inisiatif khusus di Sarawak.

Bank Rakyat juga memaklumkan Tun mengenai rancangan pengembangan perniagaan dan cawangan perkhidmatan di Sarawak termasuk program tanggungjawab sosial korporat.

KUSKOP amat menghargai segala pandangan dan cadangan yang diberikan oleh Tun semasa dalam kunjungan ini.

Turut hadir dalam kunjungan ini ialah Ketua Setiausaha KUSKOP Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud, Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Sharif.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation