UPSI anjur All Rounded Glamping 2.0, beri ruang kanak-kanak belajar asas keberlangsungan hidup

Spread the love

Oleh : Dr Masayu Dzainudin

Tanjong Malim: Aktiviti perkhemahan telah mendapat tempat di hati kebanyakkan rakyat Malaysia dari segenap peringkat umur.  Perkhemahan juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali ilmu kelangsungan hidup dan sifat bersyukur dengan kesenangan yang dinikmati.

Sebagai nadi rujukan pembelajaran kanak-kanak negara, Universiti Pendidikan Sultan Idris melalui Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC UPSI) memanfaatkan cuti sekolah dengan menganjurkan program  bertemakan ‘All Rounded Glamping 2.0’ yang berlangsung pada 20-24 Januari 2025.

Program ini membuka ruang kepada kanak-kanak seawal usia 5 tahun sehingga 12 tahun untuk belajar dan memahami tentang kemahiran kelangsungan hidup.

Prof Madya Dr Mazlina Che Mustafa, Pengarah NCDRC menyatakan bahawa cuti sekolah adalah ruang untuk kanak-kanak belajar perkara baru yang bermanfaat untuk diri mereka.

“Program ini adalah usaha kerjasama antara pihak kami dan fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan UPSI serta FSP-FSSK Response Team dimana sepanjang 4 hari kanak-kanak difokuskan dengan aktiviti survival training dan pastinya pembelajaran ini dijalankan di luar bilil darjah yang memberikan esksistensi luarbiasa dalam diri mereka”.

“Tidak hanya itu, mereka juga dibantu oleh kumpulan fasilitator yang terdiri dari mahasiswa UPSI, guru dan staf sokongan murid Taska Tadika Bitara, NCDRC.

Aktiviti Survival Training (SOS) : I lost in the jungle

Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar UPSI, Dr Noorzaliza Osman menjelaskan bahawa penglibatan mahasiswa dalam program bersama kanak-kanak NCDRC adalah ruang persiapan mereka untuk belajar menjadi guru.

“Saya yakin, program ini bukan sahaja memberi pembelajaran kepada kanak-kanak, malahan ia juga membuka peluang kepada mahasiswa untuk menambah pengalaman dan kemahiran menjadi seorang pendidik” katanya.

Dr Omar Firdaus Mohd Said menambahkan bahawa latihan yang diterapkan dalam program kali ini adalah bertujuan untuk kanak-kanak faham tentang latihan keberlangsungan hidup dan memberi ruang kepada mereka untuk mengeksplorasi keindahan alam serta menikmati keindahan belajar sambil bermain.

Aktiviti Water Confident di Arena UPSI

Program All Rounded Glamping kali ini berpandukan kepada 5 modul yang dibangunkan berasaskan kepada tema utama perkhemahan iaitu, air, fizikal, masakan, alam sekitar dan kebersamaan.

Antara latihan yang dibawa adalah Kemahiran Asas Penyulinan Air, Personal Floatation Device (PFD), Kemahiran Asas Masakan di Hutan, SOS Code for Save dan lain-lain. Selain itu juga, 52 orang kanak -kanak yang terlibat dapat menikmati glamping yang ditambah dengan suasana unggun api yang menghangatkan dingin malam.

Turut hadir bersama, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UPSI, Prof Suriani Abu Bakar memeriahkan glamping night bersama kanak-kanak. Program ini memberi pengalaman sebenar di luar bilik darjah memberikan pengetahuan mendalam kepada kanak-kanak dalam tempoh mereka membesar dan beradaptasi dengan alam semulajadi untuk menjadi seorang individu yang sentiasa bersedia dengan apa jua halangan yang akan ditempuh pada masa akan datang.

Camp on fire – Kehadiran Prof Suriani Abu Bakar (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi) dan Prof Madya Dr Mazlina Che Mustafa (Pengarah NCDRC)
Modul Fizikal – laluan berhalangan
Modul masakan – Water purifying
Modul masakan – Masak menggunakan unggun api

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation