Penghalaan Pengurusan DNS : Fahmi minta MCMC tidak teruskan

Spread the love

8 September 2024 – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil telah meminta agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) agak tidak meneruskan pelaksanaan kaedah penghalaan pengurusan Domain Name System (DNS).

Kata Fahmi menerusi satu hantaran di Halaman X rasmi beliau, keputusan tersebut diambil setelah mengambil kira pandangan yang disampaikan melalui siri libat urus MCMC serta daripada khalayak umum.

“Isu jenayah dalam talian termasuk akses ke laman-laman web perjudian, persundalan, pornografi dan seumpamanya amat membimbangkan dan memerlukan usaha penyelesaian yang menyeluruh.

Kerajaan tidak akan berkompromi dalam hal ini, demi menjamin keselamatan dalam talian buat rakyat Malaysia, khususnya kanak-kanak dan keluarga. Namun, mengambil kira pandangan yang disampaikan melalui siri libat urus

@MCMC_RASMI serta daripada khalayak umum, saya telah meminta MCMC agak tidak meneruskan pelaksanaan kaedah penghalaan pengurusan Domain Name System (DNS).” ujar Fahmi.

Kenyataan ini mendapat respons yang baik termasuk dari Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan.

“Thank you YBM for listening to the concerns of the tech community (and gamers).” komen Syahredzan di hantaran tersebut.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation