trending_flat

Terdapat 984 projek dalam peringkat rundingan, jumlah jangkaan pelaburan RM105.3 billion

KUALA LUMPUR, 16 Oktober 2023 - Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Aziz memaklumkan bahawa setakat 31 Ogos 2023, terdapat 984 projek dalam peringkat rundingan (pipeline) dengan jumlah jangkaan pelaburan baharu sebanyak RM105.3 bilion di bawah seliaan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Kata Zafrul ketika menjawab soalan dari Ahli Parlimen Jelebu di Dewan Rakyat hari ini, daripada jumlah tersebut, jangkaan pelaburan langsung asing (FDI) adalah sebanyak RM89.5 bilion, manakala pelaburan langsung domestik (DDI) adalah sebanyak RM15.8 bilion. Katanya. jumlah pelaburan itu merangkumi projek-projek daripada sektor perkilangan dengan cadangan pelaburan sebanyak RM73.6 bilion yang melibatkan 53 cadangan projek serta 931 cadangan projek dalam sektor perkhidmatan di bawah seliaan MIDA dengan cadangan pelaburan sebanyak RM31.7 bilion. "Pelaburan yang masuk ke semua negeri dapat dilihat melalui projek pelaburan yang telah berjaya diluluskan dalam sektor perkhidmatan, perkilangan dan utama […]

trending_flat

Amalan berjimat-cermat perlu dijadikan budaya dalam kalangan penjawat awam – Anwar

16 Oktober 2023 - Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim berkata bahawa Kerajaan bersedia mendengar ulasan dan pandangan berkenaan Belanjawan 2024 yang telah dibentang minggu lepas. Dalam satu hantaran di halaman X rasmi beliau, Anwar berkata ketika hadir dalam pertemuan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini, intipati belanjawan tersebut perlu ditelaah semua pihak termasuk sektor swasta. "Dalam amanat hari ini yang terkait Belanjawan 2024, saya nyatakan pendirian Kerajaan Perpaduan yang terbuka mendengar pelbagai ulasan dan pandangan usai pembentangan di Dewan Rakyat Jumaat lalu dan sedia membuat penambahbaikan berdasarkan cadangan yang dilontarkan. Intipati belanjawan ini perlu ditelaah semua pihak, antaranya sektor swasta yang perlu menyambut isyarat daripada kerajaan dengan melaksanakan agihan keuntungan yang lebih adil kepada kakitangan menerusi peningkatan upah dan ganjaran, khususnya syarikat dan konglomerat yang mencatat untung jutaan ringgit setiap tahun." katanya. Anwar turut menasihatkan supaya […]

trending_flat

KPDN perkasa penguatkuasaan tangani ketirisan subsidi dan amalan kartel – Armizan

PUTRAJAYA, 14 OKTOBER 2023 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyambut baik Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan yang memberikan fokus kepada usaha melaksanakan reformasi ekonomi dan memperkasa rakyat. Menurut Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, KPDN terus komited untuk bersama menggerakkan agenda subsidi bersasar khususnya dalam konteks mengurangkan ketirisan subsidi melalui pemantauan dan penguatkuasaan. "KPDN akan memastikan peruntukan sejumlah RM10 juta yang disalurkan kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan digunakan untuk memastikan amalan kartel dan pakatan harga yang memberikan impak negatif kepada rakyat dan negara akan dapat diatasi dan ditangani dengan lebih berkesan. Selain itu, bagi memastikan produk-produk tempatan mendapat tempat di hati rakyat, usaha pembelian produk tempatan akan diperhebatkan melalui Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) melalui peruntukan sebanyak RM12 juta. Program Pengukuhan Francais bagi meningkatkan eksport yang menerima […]

trending_flat

KPWKM jelaskan isu video tular libatkan OKU

Berhubung dengan video tular iaitu seorang warga emas OKU telah ditamatkan bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menjelaskan bahawa penama telah menerima bantuan EPOKU iaitu satu insentif kerajaan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, mampu hidup berdikari dan seterusnya menjadi ahli masyarakat yang produktif. Menurut KPWKM dalam satu kenyataan yang diedarkan pada hari ini, insentif tersebut diberikan kepada golongan OKU yang bekerja dengan pendapatan RM1500 dan ke bawah. Namun apabila pendapatan telah meningkat atau penerima tidak lagi bekerja, maka kelayakan ini akan terbatal. "Penerima telah menerima EPOKU berjumlah RM450.00 bermula pada bulan September tahun 2020 hingga bulan Ogos 2023. JKM telah melakukan penelitian semula pada September 2023 dan mendapati penama tidak lagi bekerja. Sehubungan dengan itu, EPOKU penama telah ditamatkan JKM, mengambil kira penama menerima Bantuan Sara Hidup Tentera, bantuan bakul makanan MAWIP […]

trending_flat

LCS : Maklumbalas awal Mindef terhadap laporan PAC

10 Oktober 2023 - Merujuk kepada laporan Malaysiakini bertajuk “PAC kecam MINDEF meterai perjanjian LCStanpa persetujuan AGC” semalam, Kementerian Pertahanan (MINDEF) ingin menarik perhatian kepada beberapa rumusan yang terkandung di dalam laporan berkaitan. Menurut MINDEF dalam satu kenyataan hari ini, berkaitan dengan rumusan pertama menyatakan tiada kemajuan pembinaan LCS sejak lawatan PAC ke-14 pada 11 Disember 2021 hingga lawatan PAC ke-15 pada 10 Jun 2023, ia adalah kerana perancangan penerusan projek LCS yang diluluskan oleh Kerajaan pada 19 April 2023 antaranya kerja pembinaan bermula pada September 2023 setelah tempoh mobilisasi pembinaan semula selama 3 bulan oleh syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB). "MINDEF juga ingin merujuk kepada rumusan 8 dan 9 di dalam laporan yang sama di mana dinyatakan Perjanjian Tambahan Keenam atau SA6 bagi projek LCS ini tidak mendapat persetujuan Jabatan Peguam Negara (AGC) dan MINDEF membelakangkan AGC […]

trending_flat

Pemberian penggunaan fasiliti sukan secara percuma disambut baik sekolah-sekolah – KBS

PUTRAJAYA 7 Oktober 2023 - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh telah mengumumkan pemberian penggunaan secara percuma fasiliti Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk kegunaan Sambutan Hari Sukan Sekolah tertakluk kepada kekosonganjadual tempahan fasiliti. Pemberian tersebut adalah bersempena dengan sambutan Ulang Tahun ke 25 Kuala Lumpur Sports City (KLSC) pada25 Julai lepas. Menurut KBS, antara fasiliti yang terlibat adalah penggunaan trek dan fasiliti di Stadium Nasional, Kuala Lumpur Sports City dibuka untuk penggunaan sekolah, penggunaan gelanggang bola jaring dan boling padang di Kompleks Sukan Bukit Kiara serta padang Stadium Hoki Tun Razak di Kompleks Sukan Jalan Duta. "Inisiatif ini telah disambut baik oleh pihak sekolah di Malaysia. Sehingga ke tarikh hari ini, sebanyak 24 permohonan telah diterima oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk tempahan sukan sekolah di Stadium Nasional. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Bandaraya, Kuala Lumpur telah menjadi sekolah pertama […]

trending_flat

Gangguan Bekalan Air Berjadual di Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat

KUALA LUMPUR – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan memulakan pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat pada 9:00 pagi, 10 Oktober 2023 (Selasa). Menurut Air Selangor, pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di Wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat. Kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian ini dijangka akan siap pada jam 7:00 malam, 10 Oktober 2023 (Selasa). "Bekalan air dijangka akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat-peringkat setelah kerja-kerja penambahbaikan, penyenggaraan dan penggantian siap, dan seterusnya apabila sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan. Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 12:00 tengah hari, 12 Oktober 2023 (Khamis). Para pelanggan dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini. Tempoh masa gangguan dan pemulihan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation