trending_flat

SPT dilancarkan secara rasmi

KUALA LUMPUR, 29 September 2023 – Sejajar dengan kempen MYJalan yang antara lain dilaksanakan bagi memberi kemudahan kepada pengguna jalan raya, sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, hari ini bertempat di Plaza Tol Loke Yew, Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA). Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR), SPT merupakan inisiatif Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuh Raya ke arah memberi kemudahan kepada pengguna lebuh raya membuat bayaran tol menggunakan kad debit, kad kredit dan kad prabayar yang mempunyai logo MyDebit, Visa atauMastercard, sekaligus memberi alternatif baharu kepada kaedah pembayaran tol sedia ada menggunakan kad Touch ‘n Go, Smart Tag dan Radio Frequency Identification (RFID). "Lorong SPT telah dibuka kepada pengguna semasa Ujian Rintis Awam secara berperingkat di lebuh raya – lebuh raya terpilih […]

trending_flat

KPDN jamin bantu KPM lakukan pemeriksaan di bawah OPS JAMIN di seluruh negara – Armizan

RAUB, 23 September 2023 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan akan terus membantu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam melakukan pemeriksaan di bawah OPS JAMIN di seluruh Negara. Menurut Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dalam masa yang sama KPDN akan terus menggiatkan tindakan penguatkuasaan di bawah perundangan serta bidang kuasa KPDN terutamanya dalam menangani isu penukaran label kampit beras yang dikhuatiri berlaku susulan pelarasan harga baharu bagi beras putih import (BPI). "Bermula pada 7 Julai 2023, KPDN dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah melancarkan Kolaborasi Bersepadu OPS JAMIN bagi memastikan keterjaminan bekalan beras dengan harga yang stabil dan terkawal untuk keperluan pengguna. Kerjasama strategik yang melibatkan penguatkuasaan, perkongsian maklumat dan pemantauan di antara KPDN dan KPKM melalui OPS JAMIN ini amat penting bagi […]

trending_flat

Tempoh Cadangan Belanjawan 2024 dilanjutkan sehingga 22 September – MOF

Susulan sambutan yang menggalakkan, Kementerian Kewangan (MOF) telah memutuskan untuk memanjangkan tempoh mengumpul maklumbalas berkaitan Belanjawan 2024 melalui portal Cadangan Belanjawan 2024 selama seminggu sehingga 22 September 2023. Di dalam satu kenyataan yang diedarkan hari ini, MOF berkata bahawa setakat 13 September 2023, Jelajah Belanjawan 2024 telah melangkaui seluruh pelosok negara melalui 9 Jelajah Negeri yang diterajui oleh Timbalan Menteri I dan II, serta 24 sesi libat urus yang dikendalikan kementerian-kementerian di bawah Kerajaan Perpaduan. "Sesi tersebut melibatkan penyertaan daripada lebih 7,000 peserta dari pelbagai latar belakang seperti dewan perniagaan, pakar ekonomi, teknokrat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan juga orang awam. Pada masa yang sama, MOF telah menerima lebih 9,500 maklumbalas daripada orang ramai melalui portal Cadangan Belanjawan 2024. Maklum balas yang diterima melalui semua platform tersebut meliputi bidang-bidang kelestarian ekonomi seperti pemeliharaan persekitaran, ekonomi hijau, tata kelola baik, dan […]

trending_flat

Ribut petir dijangka melanda bermula 19 September sehingga November

14 September 2023 - Malaysia dijangka mengalami Fasa Peralihan Monsun a bermula pada 19 September 2023 dan berterusan sehingga November 2023. Permulaan fasa itu menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 15 Mei 2023. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Muhammad Helmi Abdullah semasa fasa Peralihan Monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang kondusif untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat. "Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak. Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh." jelas Muhammad Helmi. Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan […]

trending_flat

Muzium Negara simbol keutuhan perpaduan dan semangat patriotik rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 September 2023 – Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, telah merasmikan Sambutan 60 Tahun Muzium Negara anjuran Jabatan Muzium Malaysia. Sambutan tersebut dilaksanakan bersempena dengan penubuhan Muzium Negara pada 31 Ogos 1963 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-III, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail. Aaron berkata bahawa penganjuran program tersebut membuktikan kesatuan dan kerjasama utuh di antara muzium serta institusi yang terlibat serta penglibatan masyarakat secara tidak langsung mampu menyumbang kepada pembangunan sosial yang berterusan, khususnya dalam pembentukan dan pengukuhan jati diri kebangsaan. “Ia sejajar dengan matlamat utama Dasar Perpaduan Negara yang memperkasa usaha berterusan untuk memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat,” katanya. Sewaktu berucap di majlis tersebut, Aaron turut mengumumkan pemberian tiket percuma selama tiga (3) hari mulai 1 September hingga 3 September 2023 kepada warganegara Malaysia yang […]

trending_flat

MOTAC diberi tanggungjawab promosikan Program MM2H

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing memaklumkan bahawa 𝐊𝐚𝐛𝐢𝐧𝐞𝐭 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐦𝐮𝐭𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧, 𝐒𝐞𝐧𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚 (𝐌𝐎𝐓𝐀𝐂) 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐫𝐨𝐦𝐨𝐬𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐝𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚-𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐩𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐝𝐮𝐚𝐤𝐮 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐲 𝐒𝐞𝐜𝐨𝐧𝐝 𝐇𝐨𝐦𝐞 (𝐌𝐌𝟐𝐇). Kata Tiong King Sing dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau, 𝐌𝐎𝐓𝐀𝐂 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐦𝐩𝐮𝐥 𝐝𝐨𝐤𝐮𝐦𝐞𝐧-𝐝𝐨𝐤𝐮𝐦𝐞𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐦𝐨𝐡𝐨𝐧𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐤𝐚𝐧, 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐧𝐣𝐮𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 (𝐊𝐃𝐍) 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐚𝐧. "Saya berharap, dengan ketetapan baharu ini dapat menambah baik mutu perkhidmatan dan kecekapan bagi proses permohonan seterusnya menjayakan hasrat Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan masyarakat dunia terutama dalam kalangan negara serantau. Saya juga berharap 𝐩𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭-𝐩𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐓𝐨𝐮𝐫𝐢𝐬𝐦 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐚𝐠𝐞𝐧𝐬𝐢 𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐫𝐚𝐭𝐚 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐢𝐧𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐫𝐨𝐦𝐨𝐬𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚, 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢𝐠𝐮𝐬 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐤𝐞𝐮𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚. Marilah kita bersama-sama erusaha menarik minat masyarakat dunia […]

trending_flat

Berita Ahli Parlimen BN mahu kosongkan kerusi adalah khabar angin – Ahmad Zahid

SHAH ALAM, 21 Ogos 2023 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan berita tular bahawa wujud ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang berniat untuk mengosongkan kerusi adalah sebagai khabar angin. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir di Majlis Penutupan Madani Ride PDRM dan ISBC di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini. Kredit foto Pejabat Timbalan Perdana Menteri. "Itu khabar angin dan kita akan lihat bahawa yang paling penting kita tunggu sampai akhir penggal dan kalau mahu melakukan tindakan-tindakan politik yang sebaliknya kita harus melihat bahwa mandat dan watikah itu telah diberikan kepada mereka untuk mewakili parti dan bukan untuk diri sendiri. Ini telah pun ditandatangani oleh mereka di dalam aku janji dan juga dalam dokumen-dokumen yang telah diikrarkan di […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation