trending_flat

Bajet pembangunan litar tidak pernah disalurkan kepada KBS

PUTRAJAYA, 29 Mei 2023 - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan bahawa peruntukan RM 20 juta bagi pembangunan satu litar di setiap negeri yang diumumkan oleh Mantan Perdana Menteri Kesembilan, Dato’ Seri Ismail Sabri tidak pernah dibahaskan di Parlimen dan tidak mendapat kelulusan. Menurut KBS dalam satu kenyataan hari ini, ia adalah kerana Ismail Sabri telah membubarkan Parlimen sejurus selepas membentangkan belanjawan beliau. Justeru bajet tersebut yang diumumkan dalam Bajet 2023 tidak pernah disalurkan kepada KBS bagi pembangunan litar drag seperti yang diumumkan. "Selain daripada itu, bajet tersebut diumumkan tanpa mendapat data dan maklum balas daripada pihak KBS. RM 20 juta tidak cukup untuk pembinaan litar di setiap negeri. KBS amat prihatin terhadap faktor keselamatan anak muda dan tidak berhasrat untuk membina litar berdasarkan konsep sekadar ada. Tidak dinafikan sukan permotoran di litar drag merupakan perlumbaan di platform yang baik […]

trending_flat

KSN sempurnakan Majlis Penyampaian Sijil Penarafan Malaysian Government Performance Index (MyGPI) 2022

KUALA LUMPUR 28 Mei 2023 - Majlis Penyampaian Sijil Penarafan Malaysian Government Performance Index (MyGPI) Tahun 2022 telah diadakan oleh – Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) hari ini. Ia melibatkan kluster Kementerian dan kluster Agensi Pusat dan Jabatan Utama (APJU) di Dewan Sri Baiduri, INTAN Bukit Kiara yang telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali. Menurut MAMPU, MyGPI merupakan satu program untuk menilai prestasi agensi sektor awam yang memberi fokus kepada dua (2) dimensi iaitu dimensi pengurusan organisasi dan dimensi pendigitalan perkhidmatan melalui tadbir urus yang baik ke arah reformasi sektor awam. "Program MyGPI ini turut menyumbang kepada peningkatan kedudukan negara di peringkat global melalui pengukuhan penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat dan komuniti perniagaan. Rakan strategik MAMPU ialah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), […]

trending_flat

Fadillah adakan Misi ke EU dan UK

PUTRAJAYA 27 Mei 2023 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK),Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof akan mengadakan Misi ke Kesatuan Eropah (EU) di Brussels, Belgium disusuli dengan Lawatan Rasmi ke London, United Kingdom pada 28 Mei 2023 hingga 4 Jun 2023. Menurut KPK dalam satu kenyataan hari ini, misi ke EU merupakan misi bersama Kerajaan Malaysia dengan KerajaanIndonesia di bawah Majlis Negara-Negara Pengeluar Sawit (CPOPC) berikutan persetujuan antara Fadillah danMenteri Koordinator Bidang Perekonomian Indonesia (KOMENKO), Dr. (H.C) Ir. Airlangga Hartarto, pada 9 Februari 2023 di Jakarta, Indonesia untuk terus menjaga kepentingan sektor sawit menerusi pemerkukuhan usaha menangani diskriminasi terhadap minyak sawit. "Hal ini merupakan tindak balas susulan pengumuman pelaksanaan European Union Deforestation Regulations (EUDR) oleh EU pada 6 Disember 2022 yang bertujuan menghalang penyahhutanan oleh aktiviti pertanian di seluruh dunia. Tindakan tersebut boleh dianggap sebagai suatu kawalan […]

trending_flat

Kerajaan beri kebenaran pengeluaran Gula Putih Bertapis Jernih sebagai pilihan kepada pengguna

PUTRAJA 25 Mei 2023 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah bersetuju dengan permohonan daripada dua (2) syarikat pengeluar gula tempatan iaitu MSM Malaysia Holdings Berhad dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) untuk mengeluarkan Gula Putih Bertapis Jernih di mana harganya tidak dikawal sebaliknya ditentukan oleh pasaran. Menurut Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam satu kenyataan media hari ini, persetujuan dibuat kerana Gula Putih Bertapis Jernih akan memberikan pilihan kepada pengguna selain gula putih bertapis sedia ada (kasar dan halus). "Kerajaan juga telah memberi arahan kepada MSM dan CSR untuk terus mengeluarkan gula putih bertapis sedia ada (kasar dan halus) pada kuantiti semasa yang mencukupi untuk pasaran runcit pada harga yang dikawal oleh Kerajaan iaitu RM2.85 sekilogram (kasar) dan RM2.95 sekilogram (halus). Kebenaran untuk penjualan Gula Putih Bertapis Jernih akan bermula pada 25 Mei 2023. […]

trending_flat

Gagal kemukakan resit bayaran, sebuah syarikat pengurusan bangunan kediaman dikenakan tindakan

PUTRAJAYA 22 Mei 2022 - Sebuah syarikat pengurusan bangunan kediaman di Petaling Jaya, Selangor telah dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kerana gagal mengemukakan resit sebagai bukti pembayaran berhubung kerja-kerja penyelenggaraan yang telah dibuat kepada pengadu pada 17 Mei 2023. Dalam satu kenyataan hari ini, KPDN berkata siasatan telah dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Petaling Jaya ke atas aduan yang dikemukakan oleh pengadu yang merupakan salah seorang daripada penduduk di bangunan kediaman tersebut berikutan kegagalan pihak pengurusan syarikat untuk mengemukakan resit pembayaran ke atas cas penyelenggaraan bangunan. Menurut KPDN, sasil siasatan mendapati pihak pengurusan bangunan berkenaan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 140(2) Akta Pelindungan Pengguna 1999 kerana gagal memberikan resit kepada pengguna bagi perkhidmatan penyelenggaraan bangunan dan telah dikenakan kompaun di bawah Seksyen 146 Akta yang sama. Juteru KPDN memberikan amaran […]

trending_flat

36 buah sekolah di KL dan Selangor terjejas akibat ribut

21 Mei 2023 - Kejadian ribut yang telah melanda beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor pada 19 Mei 2023 telah mengakibatkan kerosakan kepada 36 buah sekolah. Menurut Kementerian Pendidikan (KPM) kerosakan tersebut melibatkan 27 buah sekolah di Kuala Lumpur dan 9 buah sekolah di Selangor. "Pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan membuat penilaian lanjut terhadap kerosakan yang berlaku di sekolah berkenaan dengan kerjasama daripada Jabatan Kerja Raya (JKR). Seterusnya, pihak JKR akan mengemukakan laporan penilaian berserta anggaran kos kepada KPM. Penyaluran peruntukan penyelenggaraan untuk tujuan membaiki kerosakan di bawah kecemasan akan disalurkan kepada JPWPKL dan JPNS dengan kadar segera. JPWPKL, JPNS dan PPD akan melaksanakan pembaikan serta pembersihan segera bagi membolehkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) diteruskan tanpa sebarang gangguan." kata KPM.

trending_flat

QOBIN GESA SIASATAN MENYELURUH WAJAR DILAKUKAN

KUALA LUMPUR 21 MEI 2023 - Pendaki Everest dan Penjelajah Grand Slam negara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin (Qobin) mengucapkan takziah di atas kematian pendaki Malaysia Everest yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Kedah, Awang Askandar Ampuan Yaacub. Beliau juga berdoa agar Pendaki Everest, Muhammad Hawari Hashim segera ditemui selepas dilaporkan hilang lebih 24 jam. Katanya pendakian ke puncak Everest bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh didaki dengan sesuka hati. Ianya memerlukan latihan yang intensif, persediaan yang rapi dan pendaki perlu didedahkan dengan pengalaman mendaki ke gunung-gunung salji dan latihan teknikal. "Walaupun kita mempunyai wang dan penaja, tidak semestinya kita boleh sampai ke Everest. Saya terpaksa berlatih lebih 2 tahun di dalam dan luar negara dan ke Nepal beberapa kali sebelum mendaki Everest pada tahun 2004. Di Nepal pula saya perlu mengadaptasikan diri dengan gunung di sana selama 2 bulan sebelum […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation