trending_flat

Fadillah ketuai delegasi Malaysia ke Indonesia Sustainability Forum (ISF)

PUTRAJAYA, 3 September 2024 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Jakarta dalam sesi lawatan kerja rasmi beliau pada 4 hingga 6 September 2024. Dalam rangka lawatan kerja rasmi tersebut, beliau dijangka akan hadir dan menyampaikan ucaptama di Indonesia International Sustainability Forum 2024 (ISF 2024) di Jakarta, Indonesia pada 5 – 6 September 2024 atas jemputan Kerajaan Indonesia. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof . Kredit : FB Rasmi Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof "Kehadiran YAB Dato’ Sri Haji Fadillah ke forum ini bakal memperkukuh imej dan peranan Malaysia dalam agenda kelestarian dan kemampanan di peringkat antarabangsa terutamanya dalam visi peralihan tenaga, selain menggambarkan komitmen berterusan Malaysia dalam mencapai agenda net zero […]

trending_flat

PETRA : Garis panduan pelaksanaan CRESS akan dikeluarkan pada September 2024

PUTRAJAYA, 22 Ogos 2024 – Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan memperkenalkan Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat atau Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS), yang merupakan inisiatif progresif Kerajaan Madani dalam mewujudkan opsyen pembekalan elektrik hijau yang lebih luas kepada pengguna. Menurut PETRA dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, inisiatif berteraskan akses pihak ketiga itu dijangka akan dilaksanakan pada September 2024. Justeru, satu sesi dialog dan penerangan kepada pihak industri mengenai pelaksanaan Program CRESS telah diadakan pada hari ini bagi mendapat maklum balas daripada pihak industri mengenai prinsip asas serta kerangka pelaksanaan program tersebut. Sesi dialog tersebut yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Fadillah Yusof telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan seramai kira-kira 250 pemain industri telah hadir dan pelbagai idea serta pandangan berkaitan pelaksanaan […]

trending_flat

JIM tumpaskan satu sindiket ejen haram

PUTRAJAYA, 19 Ogos 2024 - Jabatan Imgresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan satu sindiket ejen haram dalam satu Operasi Khas pada 15 Ogos 2024 hasil serbuan di 7 lokasi berbeza iaitu Cheras, Mid Valley City, Desa Pandan, Taman Midah, Sungai Besi di Kuala Lumpur, Sepang di Selangor dan Bandar Enstek di Negeri Sembilan. Menurut Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato’ Ruslin Bin Jusoh, operasi yang bermula pada jam 10.30 pagi melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya. Katanya, berdasarkan risikan yang dijalankan selama dua minggu, pasukan operasi telah berjaya menahan 4 orang lelaki warganegara Malaysia yang mana 2 orang daripada mereka adalah dalang utama sindiket tersebut. "Penahanan juga melibatkan 2 orang perempuan warganegara China yang disyaki sebagai ahli sindiket. Turut ditahan 1 orang lelaki warganegara China yang dipercayai sebagai pelanggan kepada […]

trending_flat

Alam Flora edar tong sisa mudah alih baharu

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2024 - Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora), anak syarikat kepada Malakoff Corporation Berhad (Malakoff), hari ini telah mengedarkan 100 unit tong sisa mudah alih (MGB) bersaiz 120 liter kepada penduduk Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur, bagi menggantikan tong-tong lama yang telah digunakan lebih daripada 10 tahun. Inisiatif tersebut adalah sebahagian daripada usaha berterusan Alam Flora untuk memperbaharui dan meningkatkan kecekapan pengurusan sisa pepejal di seluruh kawasan perkhidmatannya. Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad, turut hadir mengedarkan tong sisa baharu tersebut kepada penduduk yang terlibat. "Penglibatan beliau menzahirkan komitmen kerajaan dalam usaha meningkatkan kebersihan dan kualiti hidup di kawasan perumahan, serta memberikan dorongan moral yang signifikan kepada komuniti setempat. Hadir sama, Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan, Abd Karim Bin Salim." kata Alam Flora dalam satu siaran media yang diedarkan […]

trending_flat

Momentum Nenggeri akan merebak ke Mahkota – Sheikh Umar Bagharib

JOHOR, 17 Ogos 2024 - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Bin Ali mengucapkan tahniah kepada calon UMNO Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang telah memenangi pilihanraya sekaligus merampas kembali kerusi DUN Nenggiri dari PN. Dalam satu kenyataan hari ini, Sheik Umar berkata bahawa disamping keberkesanan strategi, kemenangan tersebut memberi gambaran bahawa keyakinan rakyat terhadap UMNO dapat dipertahan walau diserang hebat oleh PN. "Pada hemat saya, ini merupakan manifestasi keyakinan rakyat terhadap halatuju Kerajaan Perpaduan ketika ini. Ia termasuklah iltizam memulihkan ekonomi, menyatupadukan rakyat serta mengetengah dasar yang baik untuk negara. Selain itu, naratif politik perkauman sempit dan jahat yang melatari kempen PN contohnya meng'kafir harbi'kan kelompok lain yang tidak seliran ternyata semakin tidak berkesan. Pengundi mahukan agenda pembangunan dan perpaduan sepertimana dibawakan oleh parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan." katanya yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP. Pada […]

trending_flat

JIM selamatkan mangsa eksploitasi buruh paksa

PUTRAJAYA 16 Ogos 2024 - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menyelamatkan seorang lelaki warga asing di bawah umur disyaki dieksploitasi untuk menjadi buruh paksa, dalam satu operasi membanteras pemerdagangan orang dan penyeludupan migran di dua buah premis restoran di sekitar Shah Alam, Selangor semalam. Menurut Jafri nin Embok Taha, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, operasi dijalankan pada jam 10.30 malam melibatkan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Pencegahan ATIPSOM & AMLA, Ibu Pejabat Imgresen Putrajaya. Operasi itu turut menggunakan pendekatan mengenal pasti mangsa pemerdagangan orang dalam kalangan golongan rentan dengan berpandukan National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI) 2.0. "Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari sumber aduan, terdapat sejumlah warga asing yang tidak mempunyai pas yang sah diambil bekerja dan disyaki terdapat elemen pemerdagangan orang. Operasi yang dijalankan turut menahan 14 warga asing yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen yang […]

trending_flat

Fadillah ketuai delegasi negara ke EMM

PUTRAJAYA, 12 OGOS 2024 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke MesyuaratMenteri-menteri Tenaga (Energy Ministers Meeting - EMM) di bawah Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik atau Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) pada 15 hingga 16 Ogos 2024. Mesyuarat APEC EMM yang dihoskan oleh Peru selaku Pengerusi APEC 2024 merupakan pertemuan peringkat tertinggi pemimpin ekonomi APEC yang bertanggungjawab terhadap pembangunan tenaga. "Mesyuarat kali ini dijangka akan membincangkan mengenai hala tuju, dasar dan kerjasama dalam pertumbuhan mapan bagi bidang tenaga terutamanya dalam aspek peralihan tenaga dan usaha pengurangan jejak karbon di kalangan ekonomi APEC. YAB Timbalan Perdana Menteri akan mengetengahkan pendirian negara dalam melaksanakan usaha peralihan tenaga negara, memastikan pembangunan tenaga yang inklusif dan saksama serta berkongsi mengenai aspirasi negara ke arah pembebasan gas rumah kaca sifar bersih […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation