trending_flat

Penghantaran Bakul Makanan ke POS Balar menggunakan helikopter

GUA MUSANG, 25 Disember 2022 - Berhubung isu kesukaran mendapatkan keperluan harian yang dihadapi oleh penduduk Orang Asli Pos Balar, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah mengadakan perbincangan bersama Unit Udara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi urusan penghantaran bantuan Bakul Makanan menggunakan helikopter. Menurut JAKOA dalam satu kenyataan hari ini, penghantaran Bakul Makanan akan dibuat bermula pada 25 Disember 2022 (Ahad) sehingga 30 Disember 2022 (Khamis). "Di antara lokasi yang terlibat ialah Pos Gob (187 KIR), Pos Simpor (210 KIR), RPS Balar (223 KIR), Belatim (185 KIR) dan seterusnya Pos Bihai (304 KIR). Walau bagaimanapun, kelancaran gerak kerja penghantaran ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan adalah tertakluk juga kepada keadaan cuaca kerana ianya menjadi faktor utama bagi penerbangan helikopter. Keperluan penghantaran bakul makanan ini memang dalam perancangan pihak JAKOA, namun ianya tidak dapat dilaksanakan lebih awal disebabkan oleh penugasan […]

trending_flat

Timbalan Menteri KPDN turun padang di Kuantan, tinjau kepatuhan peniaga

KUANTAN, 25 Disember 2022 – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Senator Puan Hajah Fuziah Salleh telah mengadakan lawatan kerja di Kuantan bagi meninjau operasi pembungkusan minyak masak polibeg 1kg bersubsidi di Syarikat Palma Unggul Enterprise, Kuantan, pemilik jenama minyak masak Cap Ikan Emas. Menurut KPDN dalam satu kenyataan hari ini, syarikat tersebut telah beroperasi sejak tahun 2018 dengan pengeluaran kira-kira 10 metrik tan sehari atau 200 metrik tan sebulan. "Minyak masak keluaran syarikat ini kemudian diedarkan kepada Pemborong, Pasaraya dan Peruncit di sekitar Kuantan. Sebagai rekod, sejumlah 300 syarikat pembungkusan minyak masak telah dilesenkan oleh kerajaan untuk membungkus kira-kira 60,000 metrik tan minyak masak bersubsidi sebulan ke dalam kemasan 1kg polibeg dalam program Cooking Oil Stabilization Scheme (COSS)." kata KPDN. Seterusnya lawatan dilakukan ke Stesen Minyak Shell Taman Tas bagi pemeriksaan dan pengujian penentusahan Pam […]

trending_flat

Ucapan tahniah kepada mereka yang terlibat dalam operasi SAR Batang Kali

25 DISEMBER 2022 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali mengucapkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dirakamkan buat seluruh ahli pasukan bantuan mencari dan menyelamat daripada pelbagai agensi kerajaan yang telah bertungkus lumus selama 9 hari dalam operasi SAR insiden tanah runtuh sekitar Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor Darul Ehsan. Dalam satu kenyataan hari ini, Armizan turut berterimakasih kepada Pegawai Daerah Hulu Selangor selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Ketua Polis Daerah Hulu Selangor selaku Komander Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan semua pihak yang terlibat dalam setiap aspek pengurusan bencana tanah runtuh ini. "Selain pasukan tindak balas bantuan pencari dan penyelamat, pelbagai pihak terlibat di barisan hadapan seperti pasukan bantuan kebajikan dan kesihatan, pasukan teknikal dan logistik, penerangan dan media, badan sukarela dan badan bukan kerajaan (NGO) serta banyak […]

trending_flat

Krisis perubahan iklim : Setiap komitmen kerajaan akan diperhalusi

24 DISEMBER 2022 - Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad menyatakan bahawa beliau amatlah memahami keperluan terdesak menangani isu perubahan iklim yang ditekankan lagi akibat bencana banjir yang sudah menjadi kejadian tahunan. Justeru, Kementerian yang diterajuinya iaitu Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan memberi fokus sepenuhnya kepada perkara ini dan akan terus mendepani usaha untuk mencari penyelesaian kepada isu yang membelenggu masa depan Malaysia. "Pakatan Harapan (PH) sememangnya sentiasa mengutamakan isu perubahan iklim, yang terbukti bukan sahaja melalui Manifesto PH, tetapi juga dengan cadangan (Perdana Menteri) Anwar Ibrahim untuk membentuk satu Jawatankuasa Khas Perubahan Iklim dan Biodiversiti yang telah dibuat pada 4 Ogos 2022 ketika dia masih Ketua Pembangkang. Pembentukan sebuah Kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk menangani perubahan iklim juga merupakan bukti bahawa kerajaan ini sudah pun mengambil langkah segera dan […]

trending_flat

Mengungguli Teknologi Melonjak Pembangunan tema HPTN 2022

KUALA LUMPUR, 20 Disember 2022 - “Mengungguli Teknologi Melonjak Pembangunan” adalah tema sambutan HPTN tahun ini. Tema tersebut menjadi pilihan kerana dengan mengambilkira transformasi penggunaan teknologi terkini khususnya di dalam bidang teknikal, di samping menggalakkan golongan muda untuk menceburi profesion teknikal. Di dalam ucapannya, Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata bahawa penguasaan teknologi menjadi pemangkin kepada pembangunan dan modenisasi sesebuah negara. "Golongan muda pula adalah pewaris untuk menerajui negara di masa hadapan. Oleh itu adalah amat penting untuk kita memberi pendedahan berkaitan profesion teknikal kepada anak-anak muda demi meneruskan legasi dalam landskap pembangunan negara. Lantas, menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya maju dan membangun secara mapan dalam era Revolusi Industri 4.0." katanya. Alexander turut berkata bahawa pemerkasaan Latihan dan Pendidikan untuk bidang Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu diperkukuhkan bagi menyediakan ekosistem yang positif untuk melahirkan pakar-pakar yang […]

trending_flat

Henti tular video 3 beradik maut di Kelantan

CYBERJAYA 19 Disember 2022 - Orang ramai untuk henti menularkan video tiga (3) beradik yang maut dipercayai terkena renjatan elektrik di Tumpat, Kelantan pada pagi ini bagi menghormati mangsa dan privasi keluarga mangsa serta memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut terhadap insiden ini. Dalam satu kenyataan hari ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut berkata bahawa langkahproaktif telah diambil bagi mengangkat perkara ini untuk perhatian dan tindakan selanjutnya daripada penyedia platform seperti Meta, Twitter dan TikTok dalam usaha mengekang penularan video yang berkaitan. "Orang awam digalakkan untuk sentiasa mengawal selia kendiri dan peka tentang kandungan yang mereka terima atau di kongsi secara dalam talian, sama ada melalui aplikasi Whatsapp ataupun rakaman video di media sosial. Bagi menghentikan penularan video seperti tersebut, pengguna media sosial juga digalakkan untuk membuat laporan secara terus terhadap kandungan yang sensitif dan […]

trending_flat

ABIM gesa satu usul khas tergempar berkenaan bencana banjir di Kelantan dan Terengganu dibentangkan di Parlimen hari ini

19 DISEMBER 2022 - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa supaya satu usul khas tergempar berkenaan bencana banjir di Kelantan dan Terengganu yang semakin membimbangkan dibentangkan di Sidang Parlimen hari ini. Menurut Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz dalam satu kenyataan semalam, perbahasan tersebut perlu turut meliputi kesiapsiagaan jentera kerajaan mendepani banjir, serta penyelarasan bantuan dan perancangan jangka panjang pengurusan bencana banjir, dan lebih utama perancangan dalam menangani impak perubahan iklim. "Selain usul undi percaya kepada Perdana Menteri serta usul rang undang-undang dan urusan kerajaan lain, ABIM menggesa supaya satu usul khas tergempar di bawah Peraturan Mesyuarat 18, Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat dibentangkan berkenaan bencana banjir untuk dibincangkan bersama oleh seluruh anggota Dewan Rakyat. Dalam mendepani situasi bencana hari ini, ABIM turut menggesa seluruh pihak khususnya ahli politik untuk mengenepikan kepentingan politik kepartian, sebaliknya bersama-sama membantu menstabilkan situasi politik semasa serta […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation