trending_flat

Perjanjian Persefahaman Kerjasama pastikan kestabilan politik negara berada dalam tahap terbaik dan kukuh – Ahmad Zahid

17 Disember 2022 - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa Perjanjian Persefahaman Kerjasama untuk membentuk kerajaan gabungan yang dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan Malaysia adalah suatu inisiatif jangka panjang untuk memastikan kestabilan politik negara berada dalam tahap terbaik dan kukuh, maka fokus kepada isu ekonomi dan rakyat dapat diutamakan. Katanya dalam satu catatan di Facebook rasmi beliau hari ini, fokus ekonomi perlu diberikan perhatian segera lebih-lebih lagi persediaan negara mendepani suasana ekonomi yang lembap. "Malah Bank Dunia menjangkakan peningkatan agresif terhadap dasar kadar faedah di negara-negara seluruh dunia akan membawa kepada kemelesetan ekonomi global pada 2023. Implikasinya adalah tahap permintaan akan berkurangan akibat kadar faedah yang tinggi yang seterusnya merencatkan ekonomi dunia. Terdapat juga kemungkinan Amerika sebagai kuasa ekonomi dunia akan terjerumus dalam masalah ekonomi dan ini memberikan kesan langsung yang tidak baik kepada dunia. […]

trending_flat

Kemasukan telur ayam dari India adalah fasa percubaan – MAFS

SEPANG 16 Disember 2022 - Bagi menampung kekurangan bekalan telur sejak beberapa bulan yang lalu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) telah membawa masuk telur ayam dari negara luar. Dalam satu kenyataan semalam. MAFS berkata kebenaran bagi kemasukan telur ayam dari negara India semalammelalui laluan udara sebagai fasa percubaan bagi memastikan telur ayam yang diimport menepati segala piawaian yang ditetapkan. "Kementerian melalui Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah melaksanakan kawalan kemasukan telur ayam import di pintu masuk secara ujian Hold, Test and Release (HTR), yang merangkumi ujian PCR untuk pengesanan bakteria Salmonella, virus Newcastle Disease dan Avian Influenza. Pengujian yang dijalankan ini adalah bagi memastikan rakyat menerima telur ayam import yang selamat, bersih, halal dan bebas dari segala penyakit di samping melindungi industri penternakan negara. Segala protokol dan tatacara yang ditetapkan oleh Kerajaan […]

trending_flat

Anwar umum bantuan segera kepada mangsa tanah runtuh

BATANG KALI, 16 Disember 2022 - Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim telah hadir di lokasi insiden tanah runtuh di Gohtong jaya bagi mendengar taklimat dari agensi dan pasukan penyelamat yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa di situ semalam. Dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau, Anwar manzahirkan rasa sedih dan dukacita kepada keluarga mangsa yang terlibat. Katanya setakat ini kerja-kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan. Anwar turut mengumumkan beberapa bentuk bantuan segera bagi membantu mangsa iaitu : 1. RM10 ribu untuk setiap mangsa yang meninggal dunia. 2. RM1 ribu Bantuan Wang Ihsan (BWI) untuk mangsa yang tidak melibatkan kematian. "Pihak NADMA dan JPM dengan kerjasama kerajaan negeri Selangor akan memudahcara dalam menyalurkan bantuan terus kepada keluarga mangsa. Penghargaan yang tidak terhingga buat pasukan mencari dan menyelamat yang bekerja dalam suasana yang getir dan sukar berdepan dengan risiko […]

trending_flat

Tanah Runtuh : Jalan B66 ditutup – Menteri Kerja Raya

16 Disember 2022 - Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi memaklumkan bahawa kejadian tanah runtuh di laluan B66 Jalan Batang Kali - Genting Hulu Selangor yang berlaku sekitar jam 2.42 pagi hari ini melibatkan runtuhan sepanjang hampir 300 meter dan anggaran setinggi 70 meter. Katanya dalam satu kenyataan hari ini, hasil tinjauan dan pemeriksaan visual mendapati kawasan runtuhan tersebut melibatkan sebahagian dari jalan negeri B66 di bawah seliaan JKR Selangor iaitu sepanjang 5meter, berdasarkan pemeriksaan didapati tiada rekahan terbuka pada permukaan pavement jalan. "Jalan B66 kini telah ditutup atas arahan pihak Ibu Pejabat Polis Hulu Selangor untuk keselamatan pengguna jalanraya. Orang awam boleh menggunakan laluan seperti lakaran infografik di lampiran sebagai laluan alternatif buat masa ini. JKR dan pelbagai agensi sedang giat melaksanakan misi mencari dan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa di tempat kejadian. Pasukan Forensik Cawangan Kejuruteraan Cerun […]

Tanah Runtuh : Menteri-menteri dinasihat tidak ganggu kerja-kerja mencari dan menyelamat – Anwar

16 Disember 2022 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa terkejut dengan insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dekat jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highland. "Saya telah mendapat maklumat daripada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Menteri Besar Selangor terkait misi mencari dan menyelamat. Saya telah mengarahkan agar misi mencari dan menyelamat dijalankan secara rapi dan sistematik oleh semua jabatan kerajaan. Saya juga dimaklumkan Menteri-Menteri terlibat akan turun ke lokasi pada pagi ini. Namun, saya menasihatkan mereka agar tidak mengganggu kerja-kerja mencari dan menyelamat." kata Anwar dalam satu kenyataan hari ini. Anwar turut menyatakan bahawa beliau akan turun ke lokasi malam ini. Terdahulu media dimaklumkan bahawa Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad akan membuat lawatan ke tapak tanah runtuh tersebut […]

trending_flat

GRS bawa aspirasi rakyat Sabah – Armizan

PUCHONG, 15 Disember 2022 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali menafikan dakwaan bahawa keahlian parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ibarat bermain dua kolam. Menjawab soalan pemberita selepas sesi perjumpaan bersama NGO Rakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA Malaysia) di sini semalam, Armizan berkata sentimen masayarakat di Sabah adalah menginginkan supaya parti politik bergerak sebagai parti lokal. "Itu agenda yang kita inginkan sebab kita melihat landskap politik Malaysia pada hari ini, supaya dapat memperjuangkan agenda Sabah serta kepentingan negeri itu adalah lebih efektif melalui gagasan lokal. Itu sebabnya kita tidak boleh menentang aspirasi yang diingini oleh majoriti masyarakat Sabah dan itu juga sebabnya kenapa kita menubuhkan dan menyertai GRS pada masa itu bagi membolehkan parti-parti lain menerima dan sedia untuk bekerja sama dengan kita Sebagaiman di peringkat Nasional, di Sabah […]

trending_flat

Anwar akan pastikan reformasi struktur ekonomi dijelmakan

KUALA LUMPUR, 15 Disember 2022 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan lawatan ke Bank Negara Malaysia (BNM) semalam untuk mendengar taklimat mengenai prospek, tantangan serta tumpuan dasar ekonomi negara saat ini. Beliau turut diiringi oleh kedua-dua Timbalan Menteri Kewangan iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kewangan. "Saya dimaklumkan mengenai keadaan ekonomi negara yang kembali mengukuh pasca COVID-19. Namun, kerajaan mesti memikirkan cabaran semasa kepada ekonomi negara dengan mengambilkira risiko-risiko seperti pertumbuhan global yang lembab, konflik dan masalah geopolitik di peringkat antarabangsa yang terus memburuk serta gangguan kepada rantaian bekalan makanan. Kerajaan akan bertindak segera dengan pendekatan jangka pendek dan jangka panjang bagi mendepani permasalahan ini." kata Anwar dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau. Tambah beliau, usaha dan upayanya adalah memastikan reformasi struktur ekonomi dijelmakan dengan teratur bagi merancakkan pertumbuhan serta […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation