trending_flat

Dua syarikat tempatan terima SST, kendalikan projek Kampung Angkat Madani KKR

SONG, KAPIT, SARAWAK – Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi hari ini telah menyempurnakan majlis penyerahan Surat Setuju Terima (SST) kepada dua (2) Kontraktor yang terpilih untuk mengendalikan pelaksanaan projek Kampung Angkat MADANI (KAM) Kementerian Kerja Raya. Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR), kedua-dua syarikat yang terpilih merupakan syarikat tempatan yang berpangkalan di Kapit Sarawak dan berpengalaman dalam melaksanakan projek di kawasan pedalaman dan memahami cabaran yang bakal dihadapi dari segi bekalan bahan binaan, keperluan tenaga kerja dan logistik. Syarikat tersebut adalah Syarikat Bumi Mas dan Syarikat Smartech Resources di mana skop kerja yang telah ditetapkan dan dipersetujui meliputi lima (5) projek fizikal yang merangkumi pembinaan jambatan pejalan kaki, pemasangan lampu solar, menaik taraf pondok menunggu di jeti dan menaik taraf laluan pejalan kaki yang menghubungkan tiga (3) rumah panjang. Kredit Foto : UKK KKR "Projek ini dijangka bermula […]

trending_flat

Fadillah sampaikan sijil kepada 380 kakitangan IWK

KUALA LUMPUR, 8 Ogos 2024 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof telah menyampaikan sijil kepada 380 kakitangan Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd di Majlis Konvokesyen Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 2024. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Tun Dr Ismail, World Trade Centre, KL pada pagi tadi. Menurut Fadillah menerusi ciapan di Halaman X rasminya, Program SKM itu membuktikan IWK sentiasa komited dalam memperkasakan kakitangannya dengan memberi peluang untuk mereka meningkatkan ilmu pengetahuan. Ia juga manifestasi kepada dedikasi syarikat terhadap kecemerlangan warga kerjanya. SKM penting dalam memastikan kualiti dan standard kemahiran tenaga kerja di negara ini. Kerajaan juga mengiktiraf pentingnya bidang teknikal, vokasional dan kemahiran serta perlunya modal insan mahir. Melalui SKM juga kita dapat memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). SKM mengiktiraf kemahiran yang dimiliki individu, […]

trending_flat

Undang-undang CCUS : Kementerian Ekonomi akan dipandu oleh pandangan Jabatan Peguam Negara

Dalam mesyuarat Majlis Tenaga Negara pada 2 Ogos 2024, Kerajaan Persekutuan mengambil maklum pendirian Kerajaan Sarawak yang dibentangkan oleh YAB Premier Sarawak, berkenaan pembangunan kerangka undang-undanguntuk mengawal selia industri pemerangkapan, penggunaan dan penstoran karbon (CCUS), termasuklah perkara- perkara berhubung perbezaan tafsiran undang-undang mengenai sempadan negeri yang melibatkan pelantar benua. Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata Kerajaan Sarawak juga menyatakan bahawa sebarang urusan, terutamanya aktiviti perniagaan yang dijalankan di Sarawak, mestilah mengambil kira dan menghormati hak dan undang-undang yang dikuatkuasa oleh Kerajaan Sarawak. "Dalam membangunkan kerangka undang-undang CCUS, Kementerian Ekonomi akan dipandu dan diikat oleh pandangan undang-undang yang diberikan oleh Jabatan Peguam Negara, termasuklah dalam perkara berhubung tafsiran persempadanan di antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri seperti yang telah termaktub di bawah Akta Pelantar Benua (1966), Akta Zon Ekonomi Eksklusif (1984) dan Akta Laut Wilayah (2012). Setakat […]

trending_flat

Jumlah kes isu pencatutan diesel adalah kecil dan terkawal

SEPANG, 6 Ogos 2024 - Sepanjang tempoh OPS KESAN 2.0 dilaksanakan, Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menerima 83 aduan awam yang terkait isu kenaikan harga barang dan perkhidmatan pasca penyasaran subsidi diesel. Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali, sebanyak 244 notis bertulis telah dikeluarkan oleh Bahagian Penguat Kuasa KPDN di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP). Daripada jumlah tersebut, setakat ini sebanyak 10 kertas siasatan telah dibuka untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. "Secara keseluruhannya, dalam tempoh dua bulan fasa awal pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, jumlah kes yang melibatkan isu pencatutan adalah kecil dan terkawal. Ini membuktikan tahap pematuhan dalam kalangan sebahagian besar peniaga adalah baik. KPDN menghargai komitmen komuniti perniagaan yang secara keseluruhannya tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan pasca penyasaran subsidi diesel. Pada masa yang sama, KPDN […]

trending_flat

Kerajaan pandang serius isu CrowdStrike

PUTRAJAYA 24 Julai 2024 - Dalam satu sidang media yang diadakan hari ini, Menteri Digital Gobind Singh Deo telah telah membentangkan laporan terkini mengenai isu CrowdStrike yang telah menjejaskan sistem teknologi maklumat seluruh dunia, termasuk negara kita Jumaat yang lalu. Menurut Gobind, walaupun insiden tersebut berlaku akibat kelemahan kemas kini perisian CrowdStrike dan bukannya serangan siber, pihak Kerajaan tetap memandang serius perkara itu, dan terus komited untuk memantapkan tadbir urus bagi mendepani cabaran-cabaran semasa dan pada masa hadapan dengan lebih baik. "Saya juga telah mengumumkan beberapa pelan pihak Kerajaan untuk menangani isu buli siber. Antaranya ialah penubuhan jawatankuasa yang melibatkan Kementerian Digital, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Komunikasi, dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi). Kami bakal mengadakan semakan menyeluruh Akta Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi menangani buli siber, dan pindaan-pindaan tersebut akan dibentangkan di Parlimen […]

trending_flat

Anwar seru rakyat kibarkan Jalur Gemilang

SELANGOR, 22 Julai 2024 - Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya kibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda kesetiaan pada tanah air. Di dalam satu hantaran di halaman X rasminya, Anwar turut menggesa agar semua kementerian, jabatan Kerajaan serta seluruh sektor swasta untuk meraikan sambutan ini dengan mengibarkan Jalur Gemilang di seluruh negara. "Ini hanyalah tuntutan kecil ketimbang pengorbanan besar pejuang terdahulu. Mari kita menyatukan jiwa dan matlamat demi jati diri, maruah dan harga diri sebuah negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat."katanya. Terdahulu Anwar berkata kemerdekaan yang dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia sekarang adalah hasil visi dan wawasan pemimpin terdahulu. Ia juga adalah hasil pengorbanan polis, tentera dan pejuang-pejuang kebangsaan yang mempertaruhkan jiwa dan raga demi negara tercinta. "Rakyat ketika itu punyai kesedaran untuk berjuang. Mereka tidak punyai kepintaran, keilmuan, kepakaran mahupun kemahiran. Namun yang ada […]

trending_flat

Selangor catat bilangan lokaliti hotspot denggi tertinggi

PUTRAJAYA, 21 Julai 2024 - Pada Minggu Epidemiologi ke-28 tahun 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,373 kes berbanding 2,805 kes pada minggu sebelumnya. Tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-28 tahun 2024. Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-28 adalah sebanyak 80,441 kes berbanding 63,966 kes bagi tempoh sama tahun 2023. Manakala terdapat 65 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 45 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2023. "Bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-28 adalah sebanyak 100 lokaliti berbanding 86 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya. Dari 100 lokaliti yang dilaporkan, 74 lokaliti di Selangor, enam (6) lokaliti di Negeri Sembilan, enam (6) lokaliti di Perak, enam (6) lokaliti […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation