trending_flat

Anwar imbas kad perakam waktu di Bangunan Putra Perdana

25 November 2022 – Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah tiba di Bangunan Putra Perdana pada jam 9.00 pagi dengan disambut oleh Ketua Setiausaha Negara dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri. Turut hadirialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara. Menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dato' Seri Anwar Ibrahim yang diiringi pegawai-pegawai kanan kerajaan dibawa mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda bermulanya tugas beliau sebagai Perdana Menteri ke-10. "Sejurus selesai mengimbas kad perakam waktu, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar terus bergerak ke ruang pejabat Perdana Menteri untuk menandatangani buku selamat datang dan selamat bertugas. Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar, 75 tahun telah diperkenankan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu berkuatkuasa 24 November 2022. Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri mengalu-alukan […]

trending_flat

Permuafakatan PH-BN di Perak telah merintis jalan dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan

25 November 2022 - Pemuda AMANAH Negeri Perak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim yang telah dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pemuda, AMANAH Negeri Perak, Khairol Najib Hashim berkata Pemuda AMANAH Negeri Perak juga ingin menzahirkan junjungan kasih kami kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah atas perkenan baginda melantik Dato’ Saarani bin Mohamad sebagai Menteri Besar Negeri Perak yang baharu. "Permuafakatan PH-BN di Negeri Perak ini telah merintis jalan dalam pembentukan kerajaan persekutuan pada hari ini. Ianya bermula di negeri bertuah ini iaitu Perak Darul Ridzuan. Menginsafi bahawa […]

trending_flat

MOTAC terajui inisiatif angkat Kebaya sebagai pencalonan bersama ke UNESCO

23 November 2022 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang menerajui inisiatif untuk mengangkat Kebaya sebagai pencalonan bersama ke UNESCO di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity bagi tahun 2023. Menurut MOTAC dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini, warisan kebudayaan yang dikongsi oleh negara-negara serantau tersebut akan dicalonkan secara bersama negara Brunei, Singapura dan Thailand. "Kebaya merupakan pakaian yang melambangkan warisan budaya dan identiti orang Melayu, Peranakan Cina, Chitty dan masyarakat lain di Malaysia serta negara-negara lain di Asia Tenggara. Kebaya menepati definisi elemen warisan kebudayaan tidak ketara kerana ia melibatkan kemahiran tenunan tradisional seperti sulaman dan teknik jahitan untuk menghasilkan pakaian wanita tradisional. Kebaya juga mempunyai kaitan rapat dengan bentuk warisan budaya lain seperti majlis perayaan dan perkahwinan. Terdapat komuniti pembuat dan pemakai Kebaya yang sentiasa aktif berkongsi ilmu dan nilai […]

trending_flat

Satu keputusan Atypical Finding (ATF) dalam penyiasatan ADAMAS

23 November 2022 - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan bahawa Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) telah selesai melaksanakan ujian kawalan doping bagi Temasya SUKMA XX, MSN 2022 pada 16 – 24 September 2022 dengan pengambilan sebanyak 252 sampel. Daripada kesemua sampel tersebut, satu (1) keputusan berada dalam penyiasatan ADAMAS. "Keseluruhan sampel urin atlet ini telah dihantar ke Makmal Anti-Doping Doha, Qatar (Anti-Doping Lab Qatar - ADLQ), sebuah makmal yang diiktiraf oleh World Anti-Doping Agency (WADA) bagi tujuan analisis dan penilaian modul SteroidalPassport, Athlete Biological Passport (ABP). Kesemua sampel ini telah dikendalikan selaras dengan peruntukan yang terkandung dalam Peraturan Anti-Doping ADAMAS 2021 yang mana hak atlet telah diberi keutamaan semasa pengujian kawalan doping dilaksanakan." kata KBS dalam satu kenyataan hari ini. Kata KBS, sebanyak 251 analisis sampel atlet adalah negatif kecuali satu (1) keputusan Atypical Finding (ATF) yang berada dalam penyiasatan […]

trending_flat

Polis jamin keselamatan hari pembuangan undi esok

17 November 2022 - Ketua Polis Negara IG Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) siap siaga untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 yang akan berlangsung esok. Katanya dalam satu kenyataan semalam, pelbagai elemen telah digerakkan bagi memastikan kelancaran hari mengundi terjamin. "Setakat ini, proses penamaan calon telah berjalan dengan lancar walaupun terkesan beberapa insiden terpencil yang berjaya ditangani dengan baik. Manakala dalam tempoh berkempen, keadaan keselamatan adalah terkawal tanpa berlaku sebarang insiden yang menggugat ketenteraman awam. Insya-Allah, PDRM yakin bahawa proses pembuangan undi akan berlangsung dengan lancar dan memberi jaminan bahawa segala langkah telah diambil bagi memastikan masyarakat dapat keluar menunaikan hak serta tanggungjawab sebagai pengundi dalam suasana selamat." kata Acryl Sani. Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan sebarang berita palsu yang bertujuan membangkitkan kegelisahan dan rasa takut atau spekulasi mengenai ketenteraman […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation