Lima inisiatif cepatkan akses pasaran eksport buah durian segar dari Malaysia ke China
KUALA LUMPUR, 1 Julai 2024 - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sentiasa memastikan buah-buahan tempatan yang bernilai tinggi dapat dieksport ke pasaran luar negara. Menurut Menterinya, Datuk Seri Haji Mohamad Sabu di Dewan Rakyat hari ini, usaha untuk mengeksport buah durian segar dari Malaysia ke China telah bermula sejak 3 Mac 2023 setelah akses pasaran buah nangka segar berjaya diperolehi daripada General Administration of Customs of the People’s Republic of China (GACC). Katanya dalam usaha untuk mempercepatkan proses mendapatkan akses pasaran eksport buah durian segar dari Malaysia ke China, KPKM dan Jabatan Pertanian (DOA) telah mengambil inisiatif seperti berikut: Pertama: mengadakan rundingan secara berterusan dengan GACC; Kedua: menandatangani Kenyataan Bersama (Joint Statement) antara KPKM dan pihak GACC pada 6 Oktober 2023 untuk mengukuhkan komitmen supaya mempercepatkan akses pasaran produk pertanian termasuk buah durian segar ke China; Ketiga: menganjurkan lawatan […]