Tangani kes gangguan seksual : Mahasiwa dipelawa menyertai Skuad Waja
KUALA LUMPUR, 15 Oktober 2023 – Program Jerayawara KASIH KPWKM @Advokasi Antigangguan Seksual diteruskan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kali ini diadakan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Ia dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu. Menurut KPKWM dalam satu siaran media hari ini, program jelajah yang ke-12 itu merupakan Program Jerayawara KASIH KPWKM @Advokasi Antigangguan Seksual selepas Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah, Kedah dan Perak. "Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840] telah digubal sebagai satu manifestasi penting Kerajaan bahawa kesalahan gangguan seksual merupakan satu pelanggaran kepada hak asasi manusia. Golongan mahasiswa turut berisiko terdedah dalam isu ini. Penerapan dalam diri berkaitan dengan pengetahuan gangguan seksual dalam kalangan mahasiswa adalah sangat penting bagi memastikan kesejahteraan emosi dan psikologi mereka berada dalam keadaan yang sihat. Normalisasi […]