trending_flat

KEM GENERASI BUDAYA MELAHIRKAN PELAPIS WARISAN SENI BUDAYA

Timbalan Ketua Pengarah, (Kebudayaan dan Kesenian) Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Rosnan Nordin ketika memberi ucapan dalam Majlis Perasmian Kem Generasi Budaya 2024 di White Camp Resort, Balik Pulau PULAU PINANG, 19 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia akan menganjurkan enam (6) siri Kem Generasi Budaya mengikut zon seluruh Malaysia. Bagi pelaksanaan pertama Kem Generasi Budaya adalah dilaksanakan di Zon Utara pada 18-21 September 2024, manakala Zon Sarawak pada 23-26 September 2024, Zon Tengah pada 2-5 Oktober 2024, Zon Timur pada 8-11 Oktober 2024, Zon Selatan pada 15-18 Oktober 2024 dan Zon Sabah pada 28-31 Oktober 2024. Majlis Perasmian Kem Generasi Muda dilaksanakan pada 18 September 2024 di White Camp Resort, Balik Pulau. Kem Generasi Budaya ini adalah merupakan program yang memberi fokus kepada penerapan jati diri dan […]

PCG MENERUSKAN PROGRAM BE GREEN BUAT TAHUN KEDUA DI INDONESIA

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) menjalankan aktiviti pembersihan pantai dan penanaman bakau baru-baru ini bersama golongan masyarakat di Desa Muara Teluk Naga, Banten, di samping meneruskan program impak sosial utamanya, Be Green, di Indonesia untuk tahun kedua.Aktiviti-aktiviti pada tahun ini mengukuhkan lagi komitmen Syarikat untuk menangani cabaran alam sekitar terutamanya pencemaran plastik dan memperkasakan masyarakat untuk memainkan peranan aktif dalam pemeliharaan alam sekitar.“Pengembangan program Be Green di luar Malaysia menunjukkan komitmen berterusan kami terhadap pengurusan sisa plastik. Apabila digunakan dan dilupuskan secara bertanggungjawab, plastik sebenarnya bukanlah satu masalah; malah ia merupakan sumber yang berharga. Melalui Be Green, matlamat kami adalah untuk memperkasakan lebih ramai individu yang berpengetahuan mengenai plastik dan pengurusan sisa yang bertanggungjawab, selaras dengan agenda Ekonomi Plastik Baharu PCG. Kami terus berdedikasi untuk memupuk tabiat positif di samping menyumbang kepada pembangunan generasi yang […]

trending_flat

ENCORP BERSAMA JABATAN PENERANGAN NEGERI PAHANG EDAR 1,000 JALUR GEMILANG DI TELUK CEMPEDAK SEMPENA HARI MALAYSIA

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Pahang, Y.Bhg Tuan Cik Kazidi bin Mohd Zainuddin bersama ENCORP mengedarkan bendera kepada pemandu kenderaan di Teluk Cempedak TELUK CEMPEDAK, 18 Sept (Bernama) -- Encorp Berhad (ENCORP) dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Pahang telah mengedarkan 1,000 Jalur Gemilang kepada pemandu kenderaan dan pengunjung di sekitar Teluk Cempedak pada 14 September 2024. Program Cahaya Malaysia - Kibarkan Jalur Gemilang ini diadakan bersempena sambutan Hari Malaysia 2024 yang turut melibatkan kerjasama daripada Pejabat Penerangan Daerah Kuantan, Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan, Majlis Bandaraya Kuantan serta wakil daripada Komuniti Madani Daerah Kuantan. Perasmian program ini disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Pahang, Y.Bhg Tuan Cik Kazidi bin Mohd Zainuddin, Ketua Penolong Penolong Pegawai Daerah, Puan Nor Diana binti Ismail diiringi bersama Ketua Jabatan Teknologi & Digital ENCORP, Ts. Mat Akher bin Hassan.Edaran 1,000 Jalur Gemilang ini adalah inisiatif kerajaan dengan kerjasama syarikat swasta […]

trending_flat

Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2024 dan Pelancaran Senam Seni 2.0 Memeriahkan Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR, 17 September 2024  (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  (JKKN WPKL) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Persatuan Sukan Tradisional Malaysia menganjurkan Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2024 bermula 13 hingga 16 September 2024 (Jumaat-Isnin) bertempat di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Majlis Perasmian Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2024 telah diadakan pada 15 September 2024 (Ahad) jam 8.30 pagi di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan disempurnakan oleh YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bersama YB. Dr. Zaliha bt Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan). Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2024 atau ringkasnya FPM@KL 2024 merupakan acara dibawah Kalendar Pelancongan Budaya yang diadakan setiap tahun bagi mengenengahkan keunikan seni budaya negeri.  Seramai 2378 peserta terdiri daripada badan beruniform, sektor korporat dan terbaharu institusi pengajian tinggi terlibat di dalam […]

trending_flat

Persidangan Arceo 2024 Diadakan di Indonesia: Mencapai Kelestarian Melalui Inovasi Digital

Bandung, Indonesia, 9 Sept 2024  (Bernama) - Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Kereta Api ASEAN (Persidangan ARCEO) ke-44 telah diadakan dengan jayanya di Bandung, Indonesia, dari 2-5 September, 2024. Dengan bertemakan "Memacukan Kelestarian dengan Inovasi Digital," Persidangan ARCEO tahun ini memberi tumpuan kepada kelestarian dan pembangunan kereta api yang mesra alam yang disokong oleh transformasi digital di dalam aspek keselamatan dan perkhidmatan.Mewakili Indonesia, PT Kereta Api Indonesia (Persero) (KAI) telah dilantik sebagai jawatankuasa penganjur untuk Persidangan ARCEO itu, yang dihadiri oleh tujuh lagi pengendali kereta api ASEAN termasuk Keretapi Tanah Melayu (Malaysia), Vietnam Railways (Vietnam), Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan (Kemboja), Lao National Railways (Laos), Philippine National Railways (Filipina), Myanma Railways (Myanmar) dan State Railway of Thailand (Thailand).Dalam ucapan beliau, Menteri Pengangkutan bagi Republik Indonesia Budi Karya Sumadi menekankan bahawa Indonesia pada masa ini mengalami pertumbuhan yang ketara di dalam sektor kereta api […]

trending_flat

AI-Media untuk Mempamerkan Inovasi Platform Alta Termaju di IBC 2024

LONDON, 6 Sept (Bernama) -- AI-Media, peneraju dalam penyelesaian kapsyen video langsung dan sari kata, bersedia untuk mendedahkan rangkaian kemas kini terobosan pada platform Altanya di Konvensyen Penyiaran Antarabangsa (IBC) 2024 yang berlangsung di Amsterdam, 13-16 September. Ketika penyiar di seluruh dunia berusaha untuk memodenkan aliran kerja dan meningkatkan kebolehaksesan, AI-Media terus menyampaikan penyelesaian inovatif yang menangani cabaran paling mendesak dalam industri. Fokus Strategik di IBC 2024Di IBC 2024, AI-Media akan memberi tumpuan kepada memperluaskan kehadirannya di pasaran Eropah dengan aliran kerja penyiaran LEXI, menekankan penyelesaian yang memberikan penjimatan kos dan kecekapan aliran kerja. Sorotan utama akan merangkumi: Kapsyen Dikuasakan AI Langsung LEXI: Menawarkan percubaan langsung untuk menunjukkan kuasa, kependaman rendah dan ketepatan kapsyen automatik AI-Media. SDI standard emas dan teknologi pengekod kapsyen IP video yang dipercayai oleh penyiar global utama. Penyelesaian berasaskan fail: Mempromosikan penyelesaian baharu untuk aliran kerja kapsyen video atas […]

trending_flat

RHB Islamic memperkasa Petani Asnaf melalui Sumbangan Jentera Pertanian

Bank Turut Menyalurkan RM650,000 Zakat Perniagaan Kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah KUALA LUMPUR, 6 Sept 2024  (Bernama) - RHB Islamic Bank Berhad (“RHB Islamic” atau “RHB”) terus menunjukkan komitmen dalam memperkasa komuniti petani asnaf di Kedah dengan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Kedah (“LZNK”). Melalui inisiatif ini, RHB Islamic telah menyalurkan Zakat Wakalah sebanyak RM341,000 untuk pembelian dua unit traktor pertanian serta sebuah jentera pengangkut (forklift) bagi menyokong Projek Pembangunan Ekonomi Ummah (“PPEU”) di Kedah. Selain itu, RHB Islamic turut menyerahkan pembayaran zakat korporat sebanyak RM650,000 kepada LZNK. Sumbangan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan RHB Islamic dalam menyokong inisiatif yang berpotensi meningkatkan taraf hidup masyarakat asnaf, khususnya dalam sektor pertanian. PPEU adalah salah satu inisiatif di bawah LZNK, selain daripada Projek Smart Sawah Berskala Besar Asnaf (“Smart SBBA”). PPEU bertujuan untuk memperkasakan golongan asnaf secara menyeluruh melalui pendekatan pembangunan ekonomi yang mampan, berlandaskan konsep […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation