trending_flat

Kajian ‘Masa Hadapan Membeli-belah’ Shopee Dedah Tabiat Beli-Belah Gen Z

KUALA LUMPUR, 4 April 2024 - Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, secara rasminya mendedahkan kajian ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan Pembeli-belah Generasi Z di Era Digital’. Kajian ini mendapati 7 dalam 10 pengguna Gen Z berumur 18 ke 24 tahun menggunakan platform e-dagang sebagai titik sentuhan utama dalam perjalanan membeli-belah. Ini menunjukkan perubahan kritikal, dengan Gen Z secara aktif menggunakan platform ini untuk mengumpul maklumat dan menyelidik secara mendalam sebelum komited melakukan pembelian. Hasil kajian mendedahkan Gen Z selalu memilih platform e-dagang untuk menyelidik dan menemui produk walaupun ada meneroka saluran alternatif yang lain. Kajian juga mendapati kadar melengkapkan pembelian di platform e-dagang lebih tinggi dalam kalangan Gen Z (68%). 18% Gen Z memilih untuk meneroka produk di platform dagangan sosial, sementara 14% memilih untuk melengkapkan transaksi lain melalui saluran lain. Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan untuk Gen Z […]

trending_flat

Kerajaan Persekutuan Perlu Beri Jaminan Terbuka Bahawa Pengasingan Kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan Dilaksanakan Sebelum Belanjawan 2026

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) merujuk kepada kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) YB Datuk Seri Azalina Othman Said semalam bahawa inisiatif pengasingan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan dilaksanakan secara berfasa selama dua tahun melalui kajian emperikal di tiga buah negara. Berdasarkan perkembangan ini, Bersih ingin menyuarakan kekhuatiran kemungkinan agenda besar ini akan dilengahkan hingga ambang pilihan raya umum akan datang yang membawa kepada kegagalan untuk ia direalisasikan dalam mandat Kerajaan Perpaduan sedia ada. Bersih ingin mendapatkan penjelasan daripada YB Azalina: i) Adakah tempoh masa dua tahun yang diumumkan dalam kenyataan beliau semalam adalah tambahan masa kepada apa yang diumumkan oleh beliau pada tahun lepas? Pada 18 Ogos 2023, YB Azalina menyatakan bahawa kajian empirikal yang komprehensif berkaitan agenda ini akan berjalan dalam tempoh setahun iaitu berakhir pada tahun ini yang akan […]

trending_flat

Majikan kantoi bersubahat palsukan dokumen, guna syarikat “Atas Angin” serta menggajikan PATI secara haram

KUALA LUMPUR, 16 Mac 2024 - Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIM WPKL) telah berjaya menumpaskan cubaan beberapa pihak majikan tidak bertanggungjawab yang dipercayai dengan munasabah telah memalsukan dokumen, menggunakan pendaftaran serta alamat syarikat yang tidak wujud bagi permohonan Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK 2.0) serta menggajikan pendatang asing tanpa izin (PATI). Kegiatan yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman warga tempatan berjaya ditumpaskan dengan hasil risikan selama 30 hari, naziran ke pejabat pengeluar dokumen dari 6 buah negeri serta bertindak atas aduan orang awam yang bertanggungjawab bersama mempertahankan keamanan negara. Menurut Pengarah Imigresen Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. PgK Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff dalam satu kenyataan, pasukan operasi telah digerakkan melalui empat (04) ‘OPS SAPU’ daripada Bahagian Penguatkuasaan JIM WPKL yang terdiri daripada pegawai pelbagai pangkat menggempur premis-premis syarikat yang terletak di sekitar Kuala Lumpur dan terdapat […]

trending_flat

KEB 2024 : Ukuran kejayaan sebenar terletak pada usaha menyeluruh pemegang taruh ekonomi Bumiputera

PUTRAJAYA 15 Mac 2024 - Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu bersama pengerusi-pengerusi Kumpulan Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) yang mana resolusi ini diangkat menjadi agenda baharu pemerkasaan Bumiputera hasil daripada penganjuran KEB 2024 yang lepas. Dalam satu kenyataan, Ahmad Zahid berkata Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Mac 2024, telah bersetuju, antara lain, supaya satu sekretariat tetap telah ditubuhkan di bawah MEB yang akan dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri bagi memastikan setiap resolusi tersebut diperhalusi dan dipastikan keberkesanan pelaksanaannya. Manakala, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pula telah dipertanggungjawabkan untuk mempengerusikan Jawatankuasa Kerja MEB bagi memastikan proses pelaksanaan dapat dijalankan secara efektif dan berkesan. "Mesyuarat telah memuktamadkan 74 resolusi (dari 82 resolusi asal yang berlaku pertindihan) dan 150 program yang digariskan melalui pembentangan 10 Kumpulan KEB. Resolusi dan program ini telah dirangkumkan di bawah Transformasi Ekonomi […]

trending_flat

PJR Ramadan inisiatif Kerajaan bantu kurangkan kos sara hidup

PAPAR, 10 MAC 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini memperluaskan Agenda Payung RAHMAH MADANI melalui pelaksanaan Program Jualan RAHMAH (PJR) Ramadan sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali pelaksanaan PJR Ramadan melibatkan sebanyak 450 lokasi secara berjadual di seluruh negara. Maklumat pelaksanaan PJR Ramadan boleh diakses melalui portal KPDN di pautan https://www.kpdn.gov.my/ms/jualan-rahmah. "PJR Ramadan akan melibatkan jualan produk barangan keperluan asas pada kadar potongan harga di antara 10 hingga 30 peratus berbanding harga jualan asal. Selain penjualan barang-barang keperluan kering sebagaimana kebiasaan,PJR Ramadan akan melibatkan penawaran jualan barangan keperluan harian lain seperti ayam, daging lembu, ikan dan pelbagai hasil laut, beras dan telur ayam. Bekalan produk yang terlibat pada jualan murah ini juga melibatkan kerjasama daripada agensi Kerajaan lain seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan […]

trending_flat

Gempa bumi sederhana di Selatan Sumatera, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia pada jam 10:48 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dari kejadian tersebut. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 10:48 pagi, 4 Mac 2024Koordinat: 5.8° Selatan 102.1° TimurLokasi: Selatan Sumatera, IndonesiaMagnitud: 5.2Jarak: 224km Selatan dari Bengkulu,IndonesiaKedalaman: 41 km MET Malaysia akan maklumkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.

trending_flat

Menerima dan menghargai fasa kehilangan

Oleh: Dr. Azleen Ilias Kesedihan adalah pengalaman universal yang melampaui budaya, agama, umur, dan apa jua keadaan. Ia adalah emosi yang dialami oleh semua individu secara langsung atau tidak langsung. Ia adalah tindakbalas kepada kehilangan, sama ada kematian orang yang dicintai, putus hubungan, kehilangan pekerjaan, atau apa jua perkara buruk yang berlaku dalam hidup ini. Dalam masyarakat kita, seringkali terdapat tekanan untuk “pulih” daripada kesedihan dengan segera dan kembali normal secepat mungkin. Dr. Azleen Ilias Stigma yang sering dimomokkan adalah isu pemikiran negatif, sakit jiwa, atau kemurungan. Walau bagaimanapun, mengatasi kesedihan bukanlah laluan mudah, dan penerimaan adalah komponen penting penyembuhan bagi seseorang individu. Dalam artikel ini, penulis ingin berkongsi makna merangkul kesedihan dan mencari penerimaan dan hikmah di tengah-tengah kehilangan atau kedukaan. Kesedihan adalah satu pengalaman yang rumit dan mempunyai pelbagai dimensi. Ia merangkumi pelbagai emosi, seperti marah, rasa bersalah, […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation