Hari Malaysia 2024 disambut Meriah
KOTA KINABALU, 16 September 2024 - Lebih 40,000 pengunjung memeriahkan sambutan Hari Malaysia 2024 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu yang dianjurkan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah. Tirai acara bersejarah ini dibuka dengan persembahan Tarian Sambut Tamu Heart of Sabah yang memaparkan kepelbagaian kaum di Sabah. Tema “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka” juga diterjemahkan menerusi elemen-elemen kreatif pertunjukan hologram dan persembahan bunga api. Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim; Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor dan Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg menyempurnakan acara simbolik menandatangani Buku Khas Sambutan Hari Malaysia 2024. Upacara memotong kek Hari Malaysia 2024 pula disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin dan Yang […]