Pelancaran Scents of Malaysia 2024: Mengharumkan Industri Wangian Tempatan
Pelancaran Scents of Malaysia 2024: Mengharumkan Industri Wangian Tempatan KUALA LUMPUR, 9 September 2024 – Majlis pelancaran Scents of Malaysia 2024 (SOM2024) telah berlangsung dengan penuh gemilang di Tanjung Lounge, Riverside Cafe, World Trade Center Kuala Lumpur (WTCKL). Majlis yang dihadiri oleh penggiat industri wangian, jenama-jenama mewah tempatan, rakan-rakan media dan blogger serta peminat-peminat wangian dari seluruh negara ini menandakan permulaan kepada sebuah acara yang bakal menjadi platform utama bagi industri wangian tempatan di Malaysia. Scents of Malaysia 2024 dijangka menjadi sebuah acara yang tiada tandingan, bukan sahaja menghimpunkan jenama wangian tempatan terkemuka di bawah satu bumbung, malah menawarkan semua produk yang menghasilkan bauan yang harum dan memikat. Acara ini menampilkan pelbagai jenis produk, termasuk penyegar udara rumah, semburan hijab, lilin beraroma, minyak aromaterapi, dan banyak lagi. Sama ada haruman lilin yang menenangkan, aroma menyegarkan daripada semburan hijab, atau esen menenangkan […]