Dato’ Sri Suriani beri Sumbangan Besar kepada KUSKOP, bantu PMKS dan Koperasi – Ewon
PUTRAJAYA, 4 September - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, Ketua Setiausaha (KSU) KUSKOP Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad telah memberikan sumbangan besar kepada kementerian itu dalam membantu usahawan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) dan koperasi di seluruh negara. Pertemuan Ewon dan Suriani di pejabatnya hari ini Ewon berkata, ia dapat dilihat berdasarkan pencapaian prestasi PMKS dan koperasi yang telah melonjak lebih baik selain prestasi pelaksanaan program dan projek pembangunan yang sentiasa mengatasi purata nasional. “Beliau (Dato’ Sri Suriani) juga memudahcarakan pelaksanaan fokus-fokus tambahan yang dilaksanakan di Sabah dan Sarawak seperti projek Tamu Desa, pembukaan cawangan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), pengwujudan BEEP Plus untuk Bumiputera Sabah dan Sarawak, sesi libat urus khas belanjawan Borneo serta pelbagai inisiatif agensiagensi KUSKOP selain daripada fokus sedia ada di seluruh negara. Saya bertuah dapat bekerjasama dengan beliau dan saya amat […]