Tingkat kesedaran pengukuran kemiskinan
Oleh: Dr Mohd Khairi Ismail, Dr. Nurul Ashikin Alias Kita semua sedia maklum bahawa pemahaman asas kemiskinan itu adalah tertumpu kepada nilai jumlah pendapatan bagi sesebuah isi rumah. Namun, pada hakikatnya, konsep kemiskinan itu sendiri adalah lebih luas dan dapat dilihat dari pelbagai perspektif, sama ada kemiskinan secara relatif, kemiskinan mutlak, atau kemiskinan dari pelbagai dimensi. Kemiskinan secara relatif merujuk kepada keadaan di mana individu atau kumpulan berada dalam keadaan kekurangan berbanding dengan tahap kesejahteraan yang dinikmati oleh masyarakat sekeliling. Manakala, kemiskinan dari aspek pelbagai dimensi pula adalah merangkumi aspek bukan hanya pendapatan tetapi juga meliputi akses kepada pendidikan, kesihatan, perumahan, dan peluang sosial, yang turut mempengaruhi kualiti hidup individu secara menyeluruh. Melalui hasil pemerhatian semasa oleh golongan penyelidik mendapati bahawa pengetahuan tentang Indeks Kemiskinan Multidimensi (MPI) dalam kalangan rakyat Malaysia masih agak terhad, terutamanya di peringkat masyarakat awam. Walaupun […]