trending_flat

Anugerah Lagu Indie Kembali Untuk Musim Ke-4 Dengan Nafas Baru

Puchong, 7 Disember 2023 - Anugerah Lagu Indie (ALI) kembali untuk musim keempat dengan nafas baru untuk terus memberi penghormatan kepada bakat indie terbaik dalam industri muzik Malaysia.  Demi meneruskan agenda mengangkat martabat dan karya penulis lagu, pemuzik serta penyanyi indie tanah air sejak 2020, ALI tahun ini membawa beberapa kelainan iaitu dengan memperkenalkan kategori-kategori lagu terbaik di bawah tiga kategori genre iaitu Pop, HipHop, dan Rock, format pemarkahan yang melibatkan undian awam, serta peningkatan tawaran hadiah wang tunai daripada RM 16,000 pada musim lalu kepada RM 36,000.  Ahmed Faris Amir, Ketua Pegawai Eksekutif Rakita 107.9 berkata, “Rakita 107.9 akan terus kekal menjadi tulang belakang ALI dalam memperjuangkan pengiktirafan kepada muzik indie dengan harapan agar setiap karya yang dibawa ke platform ini akan diterima dengan lebih meluas oleh peminat muzik Malaysia. Kami juga mengalu-alukan peluang untuk bekerjasama dengan lebih ramai […]

trending_flat

Teater “Kenapa Kau Bayang Waktu” sorot isu kesihatan mental pasca-pandemik

Sebuah pementasan teater yang memperihalkan isu kesihatan mental di kalangan pelbagai segmen masyarakat telah dipentaskan di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya (UM), baru-baru ini. Pementasan ini adalah sebuah kerjasama sulung di antara Festival ArtXpression dan Bahagian Kaunseling dan Pemerkasaan OKU UM, dalam menjayakan Hari Kesihatan Mental Sedunia dan Bulan Kaunseling Kebangsaan peringkat UM. “Kenapa Kau Bayang Waktu” yang diarahkan oleh Harith Amirrul, merupakan sebuah produksi Kolektif Laraseni, dan menampilkan tiga pelakon muda yang mula mendapat tempat di dalam dunia teater: Megat Adli, Hana Nadira, dan Khairunazwan Rodzy. Naskhah asli karya Harith Amirrul ini cuba menyorot kisah-kisah masyarakat sebelum, semasa, dan selepas pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak 2020 melalui tiga watak utamanya. Mardiah, lakonan Hana Nadira, menghuraikan cabaran wanita berkerjaya semasa pandemik COVID-19 dan bagaimana ia memberi kesan terhadap perkahwinannya. Nasir lakonan Khairunazwan Rodzy menyentuh hati penonton apabila terpaksa mengharungi kritikan […]

trending_flat

Harungi 750 Batu Nautika demi Eksesais Maritim Perkasa Barat

BUKIT MALUT, 3 Disember - Kapal Maritim (KM) Nusa telah mengharungi sejauh 750 batu nautika secara solo dari Kuala Terengganu ke Pulau Langkawi bagi menyertai Eksesais Maritim Perkasa Barat 2023. Sempat berada di dalam kelompok 14 buah kapal yang terlibat dalam eksesais berkenaan ketika melalui kawasan perairan Pulau Pinang, KM Nusa turut berjaya menamatkan pelayaran dengan berlabuh di jeti Pulau Langkawi bersama kapal-kapal lain semalam. Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, semangat dan iltizam yang ditunjukkan pegawai dan anggota KM Nusa adalah sebahagian contoh kesungguhan warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memberikan komitmen mereka demi memastikan sesuatu arahan berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Beliau turut berkata, selain bersemangat melaksanakan tugasan yang diamanahkan, warga Maritim Malaysia perlu meningkatkan kepakaran dalam bidang tertentu khususnya ilmu pelayaran dan penguatkuasaan. Ujar beliau, komunikasi taktikal misalnya perlu ditingkatkan kerana bilangan […]

trending_flat

Beragamalah tanpa menyakiti

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Islam merupakan agama yang damai dan selamat. Ia bukan sahaja menyelamatkan umat daripada kesesatan di dunia malah menyelamatkan manusia di hari akhirat kelak. Perdamaian dan keselamatan yang ditawarkan Islam ini secara relatif singkatnya, ia telah berjaya menembusi seluruh pelusuk dunia. Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Senario ini selari dengan hakikat bahawa Nabi SAW sendiri diutuskan sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam. Baginda merupakan contoh teladan yang terbaik bagi seorang Muslim. Akhlak baginda yang mulia dan ketegasan dalam kelembutan baginda menjadikan Islam diterima baik oleh masyarakat sekitar. Dalam khazanah perbendaharaan yang diwariskan Baginda sebagai pusaka kepada umat Islam, terdapat banyak contoh bagaimana teladan Baginda dalam berinteraksi dengan umat Islam mahupun bukan Islam. Baginda telah tegaskan: Aku telah tinggalkan buat kalian dua perkara yang kalian tidak akan sesat selama-lamanya selagi mana kalian berpegang pada […]

trending_flat

Forum Women In Maritime Law Enforcement perkasa peranan wanita dalam penguatkuasaan maritim serantau

BANGKOK, 24 November - Komitmen Maritim Malaysia dalam usaha memperkasakan peranan wanita diteruskan melalui penyertaan pegawai wanitanya dalam satu lagi siri forum Women in Maritime Law Enforcement (WinMLE) anjuran United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) yang berlangsung di Bangkok baru-baru ini. Forum yang menghimpunkan pegawai-pegawai kerajaan dari pelbagai agensi penguatkuasaan maritim di negara-negara ASEAN ini turut disertai oleh delegasi dari Filipina, Indonesia, Thailand, Vietnam termasuk Malaysia. Forum ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan, berbincang serta berkongsi amalan terbaik kepada agensi-agensi penguatkuasa maritim di rantau Asia Tenggara mengenai hak kesamarataan jantina seperti mana yang terkandung dalam Agenda Pembangunan Lestari 2030 (SDGs 2030), Matlamat 5 iaitu Hak Kesaksamaan Jantina (Gender Equality). Forum siri kesembilan ini memberi fokus kepada peranan dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh anggota wanita sebagai pemimpin dalam bidang yang dimonopoli kaum lelaki dalam bidang penguatkuasaan undang-undang negara […]

trending_flat

Persefahaman Serantau diteruskan untuk Pengukuhan Kerjasama Keselamatan Maritim

PUTRAJAYA, 23 November - Pertemuan dengan beberapa wakil kedutaan melalui siri kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin sejak beliau dilantik memegang jawatan berkenaan pada 6 November lalu diteruskan bagi merapatkan kerjasama dua hala menerusi agensi-agensi di rantau ASEAN dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terbaharu Datuk Hamid telah menerima kunjungan hormat daripada Penasihat Pertahanan dari Kedutaan Diraja Thailand, Kepten Jirapong Apichatwong RTN serta Duta Besar Jepun, Tuan Yang Terutama Katsuhiko Takahashi di sini semalam. Pertemuan di antara Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin dan Penasihat Pertahanan dari Kedutaan Diraja Thailand, Kepten Jirapong Apichatwong RTN. Pertemuan di antara Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin dan Duta Besar Jepun, Tuan Yang Terutama Katsuhiko Takahashi Antara perwakilan lain yang turut melakukan kunjungan hormat sama ialah Timbalan […]

trending_flat

Maritim Malaysia Tidak Kompromi Isu Penyeludupan Pati

PUTRAJAYA, 21 November 2023 - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menegaskan pihak agensi tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menceroboh atau membawa masuk Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau mana-mana kumpulan melalui perairan negara tanpa kebenaran yang sah. Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, pihaknya tegas dalam memastikan tiada sebarang aktiviti berkenaan dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di kawasan perairan negara. Data yg terkini APMM utk tangkapan ikut negara dan kawasan mereka masuk ke Malaysia Beliau turut berkata, Maritim Malaysia komited mengekalkan keselamatan negara daripada ancaman terbabit dengan mengambil tindakan tegas serta terancang bagi memastikan keselamatan perairan negara dan kesejahteraan rakyat terjaga. Maritim Malaysia akan terus mempertingkatkan rondaan khususnya di kawasan sempadan perairan negara selain memperkasa kerjasama dengan agensi-agensi keselamatan yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation